Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 5 Ogos 2014

BAHASA BAKU ATAU SLANGA BAHARU?


Setujukah dengan saya? Atau anda tidak lagi menganggap ianya sesuatu yang sepatutnya diberi perhatian demi jati diri Bahasa Melayu itu sendiri.

Saya katakan bahawa ada perbezaan yang sangat ketara dari segi sebutan Bahasa Melayu yang digunakan oleh saluran TV kerajaan (RTM) dengan rangkaian TV swasta. 

Kaedah sebutan di saluran TV milik kerajaan berunsurkan ' lidah Melayu konvensional' atau ungkapan mudahnya ' lidah orang Melayu sejati'.

Sebaliknya, kaedah sebutan di rangkaian TV swasta  terutamanya di kalangan pengacara generasi 'Y' adalah bercirikan lagak 'urban', 'stylish', 'mengada-ngada' dan sarat dengan keinginan moden yang tidak perlu. 

Mungkin ada yang membenarkan situasi ' mencemarkan ' ini berlaku dan berpendapat ianya tidak perlu diganggu. Mereka berkata itu adalah aliran Bahasa Baku. 

Secara peribadi saya tidak berapa 'gemar' dengan gejala ini.

Sekalipun anda tidak sependapat dengan saya yang mungkin sedikit kuno, negatif dan melawan arus, izinkanlah saya bebas meyakini pendapat sendiri di laman yang kononnya wilayah autonomi pemiliknya.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."