Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 30 Ogos 2014

BAPAK SBY ' THE GENTLEMAN '



KEMESRAAN ANTARA PENYANDANG JAWATAN DENGAN INDIVIDU YANG AKAN 'MERAMPAS' JAWATAN BELIAU ( PRESIDEN INDONESIA SBY - KANAN & JOKOWI- KIRI )



Ada sesuatu yang ' tidak kena' dengan foto di atas di dunia ketiga atau beberapa buah negara membangun. 

Ada juga yang ' tidak kena' dengan foto itu jika dikaitkan dengan segelintir ' Indon ' ( gelaran pendatang dari Indonesia oleh penduduk tempatan ) di negara ini yang tidak tahu 'dek untung'.

Waduhh.....pemimpin kamu sangat sopan dan saling menghormati. Watak mereka semasa proses peralihan kuasa persis pemimpin di negara maju - US, England, Perancis, Australia, Scandinavia............. Maka, berhentilah dari melakukan yang memalukan mereka ketika mencari rezeki di negara orang. Ayuh, carilah rezeki di negara orang mengikut norma dan etika sepatutnya.

SBY Dan Jokowi Solat Maghrib Berjumaah
Sebenarnya banyak lagi foto yang berkeliaran di atmosfera maya menunjukkan kemesraan dan keharmonian mereka umpama abang dan adek. Di antara foto itu termasuklah mereka menunaikan solat maghrib bersama di sebuah masjid. Penganut media sosial mendefinasikan foto-foto sedemikian sebagai ' viral ' yang berjaya memukau begitu ramai pengagum.

Justeru itu, pelakuan begitu santun di antara penyandang jawatan Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yodhoyono ( SBY ) dan bakal pengganti beliau pada bulan Oktober 2014 ini, Joko Widodo atau lebih dikenali dengan Jokowi sepatutnya membuka mata sesiapa sahaja terutamanya pemain politik.

Pelakuan ' gentleman ' SBY yang begitu santun dengan individu yang akan ' merampas' jawatan beliau sebagai Presiden atau Ketua Negara adalah suatu fenomena yang asing di kebanyakkan negara dunia ketiga dan negara sedang membangun. 

Lihatlah kejadian di Mesir, Filipina, Thailand, Iraq, Syria, Afghanistan dan banyak lagi di negara berstatus yang dinyatakan di atas. Pemimpin di negara-negara tersebut tidak akan menyerahkan tampuk kekuasaan dengan redha walaupun telah hilang kelayakkan. Mereka akan sedaya upaya mengendong sisa-sisa kuasa yang masih ada dan sanggup berbunuhan untuk kelangsungan kuasa.

Bagaimanapun, perangai ' gedebe' itu tidak berlaku kepada Presiden Indonesia kali ini yang bernama Susilo Bambang Yudhoyono. Beliau memaparkan suasana ' Kakek dan Adek ' dengan bakal penggantinya Jokowi.

Sekalipun mungkin ramai rakyat Malaysia sukar mengingat nama beliau (Susilo Bambang Yudhoyono) sepertimana mengingati Sukarno, Suharto atau Gus Dur kerana struktur nama beliau yang sarat dengan identiti keIndonesiaan sejati, kita akan terus mengingati beliau dalam tempoh yang lama kerana prinsip berpolitik beliau yang mengagumkan.

Selamat bersara Bapak SBY.

   

2 ulasan:

  1. salam. lama tak singgah sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam.

      Saya konsistan mengikuti blog saudara.

      Selamat bersara VSS.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."