Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 9 Ogos 2014

BOIKOT @ PULAUKAN @ JANGAN BELI @ BIAR LINGKUP

Seronok melihat kuasa pengguna Islam (khusunya) mengerjakan sebuah rangkaian makanan segera tersohor dan mengwujudkan gaya hidup baru masyarakat bandar (khususnya) dengan cara memboikot premis-premis syarikat tersebut secara bersepadu.

Dikatakan syarikat tersebut menyalurkan bantuan tunai kepada rejim Israel yang sedang membunuh ribuan rakyat Palestin dan juga mengakibatkan kerosakkan harta benda yang sangat besar.

Tindakan boikot tersebut didapati sangat berjaya. Impaknya, restoran-restoran makanan segera itu kehilangan pelanggan mencecah 80%. Keadaan restoran bagaikan bangunan rumah kedai di kawasan bekas lombong besi yang tidak diusahakan lagi - lengang, sunyi, tiada pelanggan.

Sesiapa pon yang beragama Islam wajib menyokong tindakan boikot itu. Malah, golongan bukan Islam juga sepatutnya bersama rakan-rakan Muslim mereka kerana kekejaman yang dilakukan oleh Israel adalah kekejaman sejagat. 


Sehubungan ini, kita orang Melayu Islam sedikit terkilan terhadap segelintir rakan-rakan bukan Islam yang tidak turut bersama memboikot restoran-restoran makanan segera itu.  

Bagaimanapun, di sebalik ghairah memboikot dan seronok dengan impaknya, kita wajib juga memikirkan nasib dan kaedah menyelesaikannya terhadap pekerja-pekerja di restoran-restoran makanan segera itu yang kebanyakkannya adalah orang Melayu (Islam).

Pengalaman tragedi ' September Eleven' mengingatkan kita bahawa musuh sanggup melakukakan tindak balas yang berlipat kali ganda lebih kejam.

Tindakan boikot yang diterajui oleh orang Melayu (Islam) secara bersepadu menunjuk arah akan kuasa pengguna Melayu (Islam) di negara ini. ' Senjata ' yang kita ada ini tidak kita sedari akan ' puakanya ' dan di atas sebab itu kita tidak pernah menggunakannya untuk ' mengajar ' golongan peniaga yang sering mengambil kesempatan.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."