Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 10 Ogos 2014

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID




Beliau adalah di antara pendakwah yang digolongkan sebagai ' Pendakwah Semula Jadi'.

Rupa paras, cara berpakaian, cara berceramah, tutur kata yang unik dan menarik dan perjalanan beliau menimba ilmu agama membenarkan pengiktirafan itu. Beliau yang berasal dari Bondowonso, Jawa, Indonesia seperti tiada saingan langsung dari aspek cara berpakaian dan  tutur kata yang unik dan menarik sehingga mampu memukau pencinta ilmu.

Ketika memberi ceramah atau mengadakan kuliah beliau tidak lekang dari menyerlahkan ketrampilan ahli ugama konvensional - memakai serban, berjubah dan berjanggut. Beliau tidak perlu berlawak jenaka sehingga ' memecahkan perut ' hadirin seperti pendekatan yang selalu digunakan oleh ustaz/pendakwah lain untuk menarik minta hadirin di dalam kuliah/ceramahnya.

Beliau tidak perlu menguatkan suara dengan kuat dan kasar sehingga seperti melampiaskan kemarahan kepada jumaah yang hadir dan bukannya kepada mereka yang masih liar di luar sana.. 

Beliau berada di kedudukan ' Klas ' yang tersendiri.Kondusif. 

Untuk mendapatkan maklumat yang agak lengkap mengenai tokoh pendakwah yang dilahirkan pada hari Jumaat, 3 April 1974 ini sila klik link: 

SUMBER INFO mengenai biografi Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid dari http://www.infobondowoso.net/2013/11/biografi-al-habib-ali-zaenal-abidin-bin_3861.html


     

2 ulasan:

  1. Setuju apa yang tuan katakan. Faktor faktor inilah yg menarik cukup ramai orang menghadiri kuliah bulanan beliau di Masjid Negeri Shah Alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Mungkin aura pendakwah yang berketrampilan seperti ulamak/pendakwah silam memberi sentuhan kerohanian yang lebih mengesankan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."