Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 11 Ogos 2014

KAWAN OKU ADA DI MANA-MANA

Kawan yang seorang ini OKU. Beliau lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah. Isteri beliau juga  'handy cap' iaitu sedikit kecacatan pada bahagian kaki yang menyebabkannya tidak boleh berjalan seperti orang biasa.

Pergerakan beliau sepenuhnya dibantu oleh sebuah kerusi roda. Pada urusan biasa, isterinyalah yang menolak kerusi rodanya.

Beliau dan isterinya bertugas di organisasi yang sama dengan saya.
Beberapa belas tahun sebelum ini pasangan itu datang ke pejabat dengan menggunakan motorsikal roda tiga. Apabila kedudukkan ekonomi mereka telah kukuh, mereka menggunakan kereta.

Pasangan itu tidak dikurniakan zuriat. Mereka mengambil seorang anak angkat lelaki.

Apa yang hendak saya sampaikan mengenai kawan OKU ini ialah mengenai ' keberadaan ' atau kecekalannya hadir di mana-mana sahaja majlis ilmu samada di dalam bangunan/kawasan pejabat atau di luar yang biasanya cuma mampu dilakukan oleh golongan yang tidak cacat anggota.

Beliau dengan kerusi rodanya akan ada di surau pejabat di tingkat bawah ( ground floor) ketika kuliah zuhur, solat Asar berjumaah atau lain-lain majlis di surau pejabat seperti majlis tadarus Al-Quran, majlis tahlil arwah dan sebagainya.

Beliau datang dengan berkerusi roda secara sendirian dan yakin akan ada hamba Allah yang membantu apabila ada perkara yang tidak dapat dilakukannya sendirian.

Begitulah juga caranya beliau ke masjid untuk solat Jumaat atau ke kuliah/ceramah agama di surau/masjid ( ketika di rumah).  Dia datang sendirian dan yakin Allah akan memudahkan urusannya.

Ketika di surau pejabat, saya ada kalanya tidak dapat menahan perasaan kasihan, geli hati dan kagum kepada beliau yang berada di sebelah saya yang terkial-kial membetulkan kerusi rodanya untuk bergegas keluar dari surau selepas menunaikan solat sunat badiah. Ada kalanya saya membantu beliau. Dengan izin Allah, akan ada hamba Allah yang akan menolak kerusi rodanya keluar dari surau dan membawanya ke lif.

Sedemikian, sekalipun ada kekurangan, beliau dianugerah kemahuan yang kuat ke arah hidup beragama. Beliau seolah-olah 'ada di mana-mana' majlis ilmu.

2 ulasan:

  1. Beliau hanya OKU pada fizikal tapi sempurna di hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hati dan sedar diri.

      Semalam saya sarapan pagi semeja dengan seorang pekerja pungut sampah Bangla di sebuah warung.Ketika hendak makan dia baca doa. Selepas makan dia juga baca doa.

      Saudara kita Bangla itu mungkin lebih memahami betapa bernilainya anugerah rezeki dari kita yang ' mewah ' dan mudah dapat rezeki (makanan).

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."