Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 3 Ogos 2014

PROJEK ' PORGHARK ' (POR-GHARK)

Projek Poghark
Hampir semua tetamu yang datang berHari Raya ke rumah keluarga adek di kampung tidak melepaskan peluang melawat ' Projek Poghark ' yang diusahakan oleh adek ipar saya. Projek poghark yang dilakukan secara sistematik bukan sahaja memberi pulangan yang berbaloi tetapi juga mewujudkan landskap yang menarik.

Kangkung
Ada di antara mereka bergambar di lokasi ' kebun sayur ' mini itu. Ada juga menyiram sayur-sayuran yang hidup subur kerana terlalu seronok dengan kebun sayur yang ' menjadi '.

' Poghark ' adalah dialek Negeri Sembilan yang membawa maksud kawasan di sekeling tapak rumah di kampung. ' Projek Poghark' pula adalah sebuah projek pertanian menanam sayur di sekeliling kawasan rumah yang diinspirasikan oleh Jabatan Pertanian untuk diusahakan oleh beberapa orang penduduk kampung yang terpilih. Pihak Jabatan Pertanian menyediakan bantuan teknikal, input pertanian dan benih sayur-sayuran.

Bayam
Saya difahamkan bahawa ' Projek Poghark ' yang diusahakan oleh beberapa orang penduduk kampung di sekitar kawasan rumah masing-masing ini semuanya berjaya. Sayur-sayuran yang diusahakan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang diharapkan.

Sayur-sayuran yang diusahakan adalah sayur-sayuran organik, iaitu sayur- sayuran dihasilkan tanpa  menggunakan racun dan baja berunsurkan kimia. Peserta menggunakan baja organik seperti tahi kambing, tahi lembu dan tahi ayam.



 Di antara sayur-sayuran yang ditanam ialah cili api, bayam, sawi, daun salad, kacang panjang, kacang botol, serai, pokok kunyit, kacang renek, pokok kunyit, bende, terung, daun kesum dan ulam raja.

Kailan

Sayur Salad
Adek ipar saya seorang pesara di jabatan penyelidikkan pertanian menggunakan medium tanah bakar, pasir dan baja tahi kambing mengikut nisbah 1 : 1 : 1.

Lada Api
Kacang Botol
Saya mendapati ' Projek Poghark ' yang diusahakan di pekarangan belakang atau sekitar kawasan rumah dan dilakukan secara suka-suka ini mencapai matlamatnya. Penduduk kampung yang turut serta dalam projek pintar dan praktikal ini tidak perlu lagi membeli sayur untuk kegunaan harian mereka.

Adalah diharapkan projek perintis ini akan membuka laluan ke arah projek yang berskala besar, lebih berani  dan bermatlamatkan komersial!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."