Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 4 Ogos 2014

SI GILA YANG MENUMPANG TONTON TV

Seorang Pakar Perunding Imej pertetengahan 50-an muncul di skrin TV
kepakarannya ditagih menilai keterampilan;
mengenai fesyen 
mengenai pilihan warna
mengenai rambut
mengenai kasut
mengenai lagak
dalam satu pertandingan realiti.

Diulasnyalah dengan yakin;
fesyen yang dipakai tidak sepadan dengan usia
warna celana tidak ada 'chemistry' dengan baju
pakaian terlalu seksi
cara berjalan bagaikan itik pulang petang
nasihatnya, kalau bertudung lagi cantik.

Seorang wanita gila yang menumpang tonton TV di sebuah warung menggeleng-geleng kepala;
jeliknya dia akan wanita tua Si Pakar Perunding Imej itu
masih berani memakai skirt pendek
berbaju tetapi menampakkan ketiak
bersolek yang tidak serasi lagi dengan usia
rambut pendek bagaikan lelaki
tegar dalam dunia yakinnya sendiri
persis yakinnya dia yang tidak peduli apa orang kata
Dengusnya meluat, " Lu gila! "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."