Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 19 September 2014

AKU PUN SEPERTINYA, TIDAK KAYA-KAYA


Setiap kali ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib, saya mengumpat di dalam hati ketika menghampiri kawasan masjid;
“ Berniaga depan masjid tetapi tidak solat berjumaah. Tidak juga kaya-kaya.”  

Setiap kali meninggalkan masjid setelah selesai solat Isyak, saya membebel di dalam hati ketika melewati tempat penjaja makanan yang perniagaannya ‘ hidup segan mati tidak mahu’ itu;
“Tidak juga kaya-kaya.”

Ketika sampai di rumah dan menenangkan diri;
“ Kasihan kepada penjaja lanjut usia itu. Aku tidak sepatutnya mengumpat atau mengejinya. Aku pun pernah  seperti itu. Dan, aku juga sepertinya, tidak juga kaya-kaya.”

“Astaghfirullah. Syukur kepada Allah kerana mengasihani aku.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."