Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 27 September 2014

CATATAN CUTI SABTU 2 : sedangkan pantai lagikan berubah.....

Walaupun telah diingatkan oleh seorang kawan melalui WhatsApp, saya masih dikira lewat bertolak ke masjid untuk solat subuh awal pagi tadi. Mengetahui bilal di masjid kariah saya sangat menepati waktu untuk memulakan solat subuh, saya mengambil keputusan solat subuh di Surau Al-Insan, Taman Putera, Selangor.   

Kadang-kadang saya 'kecil hati' kerana ' late comer ' termasuk saya yang beranggapan telah berusaha dan berususah payah untuk datang awal ke masjid masih selalu ketinggalan keretapi. 

Masuk waktu solat subuh ialah jam 5.47 pagi. Pada jam 6.00 pagi jumaah di Surau Al- Insan yang berjumlah di sekitar 30 orang sedang membetulkan saf untuk menunaikan solat subuh. 
Ketika itulah saya terlihat seorang warga emas bertubuh kecil berdarah keturunan Melayu-India yang suatu ketika dahulu selalu datang solat ke masjid kariah saya (kami) yang jaraknya cuma 2 kilometer dari situ. Sejak kebelakangan ini saya tidak pernah melihat lagi kelibatnya di masjid.

Saya sangat ' mengambil berat ' jumaah itu kerana dia pernah ' menganggu ' jumaah masjid yang lain ketika solat. Dia adalah seorang makmum yang membaca dengan begitu kuat ketika solat. Bacaannya pada kedudukkan dia di saf hadapan boleh didengar oleh jumaah di saf ketiga!

Saya seperti menunggu ' gangguannya ' ketika solat dimulakan di dalam ruang surau yang kecil itu.

Ianya tidak berlaku. Dia tidak membaca dengan kuat lagi.

Bagaimanakah ' beliau ' melakukan anjakan yang begitu radikal? Kerana disinggung dengan siku oleh jumaah bersebelahan dengannya kah? Kerana dinasihatkan atau ditegur oleh seseorang yang ada wibawa atau 'authority' kah? Kerana berkat ilmu adab-adab solat yang diajar oleh ustaz-ustaz kah?

Benarlah, sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula seseorang yang hatinya tergantung di masjid/surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."