Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 29 September 2014

SEDANGKAN PANTAI LAGIKAN BERUBAH 2 ( DUA )


Di masjid inilah anak muda itu solat
Sepatutnya ketika di masjid kita tidaklah perlu sangat mengambil tahu hal orang lain. Namun, mungkin kerana kelemahan diri sendiri dan mungkin juga sesuatu itu terlalu ketara, kita secara semula jadi ' terpaksa ' memperkatakannya.

Selain dari adanya di kalangan jumaah yang membaca agak kuat semasa solat seperti yang telah dikisahkan melalui catatan terdahulu, ada beberapa gelagat lagi yang tidak mampu dihindar untuk diperkatakan. Di antaranya ialah makmum terlalu lambat mengikut imam.

Makmum itu ialah seorang anak muda yang mungkin belum berumahtangga lagi. Saya selalu melihat dia di masjid ketika solat fardhu Zuhur dan Asar pada hari Sabtu. Dia yang selalu memakai baju-T yang dimasukkan ke dalam ( umpama orang memakai baju kemeja) tidak kelihatan pula pada sebelah malam dan juga pada hari Ahad. Saya mengagak tempat kerjanya mungkin di sekitar kawasan masjid. 

Mengikut firasat saya yang tidak berapa dalam ilmu mengenai solat, solat anak muda itu  boleh batal kerana kelengahannya. Bayangkan, ketika Tuan Imam dan jumaah yang lain telah bangun dari sujud untuk rakaat kedua, jumaah itu baru hendak turun sujud. Begitulah juga ketika jumaah lain telah selesai 2-3 minit solat dia masih disibukkan membaca tahayat akhir.

Di dalam satu tempoh yang agak lama tiada seorang pun jumaah lain yang berilmu pernah cuba menolongnya melepaskan diri dari gangguan lambat membaca dalam solat . Sebaliknya, ramai yang mempersendakannya.

Namun, sejak lebih kurang tiga bulan yang lepas, saya perasan ' penyakitnya ' telah sembuh. Dia tidak lagi menghabiskan banyak masa menyelesaikan bacaan dalam solat. Dia telah menjadi seorang ' pesolat ' yang normal.

Allah menyembuhkannya. Alhamdulillah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."