Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 5 Oktober 2014

YANG DEN SAKIT HATI AMEK-AMEK: bukan semuo bondo kito boleh luehkan

SOBONA er banyak pokaro dalam hidup ni yang membuek kito tak pueh hati. Tak to kigho!

Sungguh pun domikian, bukan somuo bondo yang boleh kito luehkan socaro toghrosh toghrang dan hontam koromo. Ado bondo yang topakso kito pondam dalam hati sobab kosan akibatnyo atau kato oghang sekaghang ' risikonya ' lobih bosa daghi monafaatnyo. 

Kan kito solalu donga adonya projek pembinaan jalan bertar di kampung tibo-tibo torputush di laluan monghalo ko toboh ghumah ponduduk tertentu. Bogitu juo tiang letrik tak sampai ko ghumah penduduk tertentu. Bogitu juo seoghang yang berkotrampilan macam Tok Guru dipulaukan kerana tidak sama bendero dengan jumaah yang menguasai surau di kawasan porumahannyo. Bogitu jugo ada yang dipocek sebagai ahli majlis sebuah PBT sobab bersomangat bona mongomen tak kono tompek.

Sobab apo? Sobab mulut colupar atau bersomangat bona. Cubo duduk ontok-ontok. Kiri dapek kanan pun dapek. 

Bukan kito tak ponah donga kawan-kawan kito yang umpama gorgaji duo mato somaso pilihanrayo. Sungguh pun dio menyokong parti lain tetapi dio menyurukkan identitinyo sehinggo dapek tugeh sobagai pembawo pengundi parti lawan ke pusat mongundi. Masyuk.   

Den bukan pongocut cumo den tak borapo boghani. Walaupun bondo yang den hendak luehkan ini risikonya sangat minima, den memang berio-io hendak melopehkannya untuk menyojukkan sikit hati yang paneh mologak. Oghang lain yang makan nangko, oghang lain yang dapek gotahnya.

Kojadian ini bukan setakat ' dapek gotah ' totapi nyawo molayang!


" Hari ini sebuah akhbar melaporkan bahawa seorang ibu , 50 tahun, dan anak gadisnya, 22 tahun, terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Lebuh Raya Utara-Selatan kerana kenderaan yang dinaiki oleh mangsa dirempuh oleh sebuah treler yang gagal memintas."

Al- Fatihah.

Lagi angkara kenderaan berat/besar.
Kito sobagai pengguno lebuhrayo/jalanrayo memang selalu molihat pemandu kenderaan boghek yang 'kurang ajar'. Golagat mereko di jalanrayo membahayokan pengguno lain. Porangai mereko amek-amek menyakitkan hati. 

Apo yang kito boleh buek?   


 Glosari:

Ontok-ontoh (diam-diam), luehkan (luahkan), toboh (kawasan sekitar),dipocek (dipecat), tugeh (tugas), amek-amek (sangat-sangat, amat-amat), boghek (berat), kigho (kira), bondo (benda, perkara), buek (buat).


Nota : Catatan ini tidak mengajak pembaca berpendirian bagaikan lalang. Anggaplah tulisan ini sebagai penglipur lara dan santai. Ambillah yang ada manfaat sahaja.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."