Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 25 Januari 2015

DUA ALAM

Pada prinsipnya, saya sebagai rakyat yang sayangkan negara ini, sangat ' memusuhi ' pendatang tanpa izin dan juga pendatang sah. Melalui pengalaman sendiri sebagai rakyat bawahan yang bersinggul bahu dengan mereka dalam kehidupan seharian, saya  tegaskan lagi bahawa mereka telah berada ditahap sukar dikekang dan sangat mengganggu kelangsungan hidup rakyat tempatan.

Menyalahkan mereka  (pendatang) semata-mata sudah menjadi kalimah klise. Tentu ada elemen lain yang membuatkan pendatang dari seluruh pelusuk dunia membanjiri negara kecil kita. 

Itu alam saya yang pertama.

Di belakang pejabat saya bertugas ada sebuah warung milik peniaga tempatan. Kesemua pekerjanya adalah saudara pendatang seagama kita dari Indonesia dan Myanmar. Tukang masaknya, orang Indonesia. Pelayannya, lelaki muda Myanmar. 

Maka, disebabkan pagi, tengah hari dan petang saya mengunjungi warung itu, perhubungan saya dengan pelayan lelaki remaja Myanmar menjadi rapat. Pendek kata, saya tidak perlu membuat pesanan kerana mereka telah mengetahui apa yang saya mahu.

Salah seorang daripada pekerja lelaki Myanmar itu bernama Mohd Qalam. Dia berusia 21 tahun. Kulitnya hitam pekat tetapi tingkah lakunya yang sopan dan amanah dengan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikannya membuatkan ' ada kemanisan ' pada wajahnya. 

Dia jujur. Pekerja lain selalunya cair dengan ' sergahan ' pelanggan tetap apabila mengira harga makanan dengan memberi diskaun 20 - 30 sen, tetapi tidak apabila Mohd Qalam yang mengira. 

Justeru itu, Mohd Qalam kadang-kadang diberi tugas menjaga kaunter apabila majikannya sibuk dengan tugas lain. 

Mereka (pekerja lelaki remaja Myanmar) seperti lelaki Islam yang lain akan bersama-sama jemaah lain menunaikan fardhu Jumaat pada hari Jumaat.

Sehubungan ini, saya sangat menyenangi dan kasihan dengan mereka walaupun mereka adalah pendatang asing. Ada kalanya saya menepuk-nepuk bahu pekerja baharu yang sangat muda.

Inilah alam kedua saya.

Benci tetapi kasihan!

4 ulasan:

  1. baru2 ni kerajaan mengumumkan tiada visa untuk rakyat cina..ini sungguh membimbangkan ..selalunya mereka akan tinggal lebih masa disini tanpa kita sedari kerana rupa paras mereka serupa dengan rakyat Malaysia...penguatkuasa seolah 2melupakan ada PATI dari bangsa ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Ini mungkin sebagai langkah ' memujuk ' selepas tragedi MH37O. Calculated risk?

      Saudara mungkin juga mengikuti isu projek Datom Jelatik. Itu bukan isu terpencil di Selangor sahaja.



      Padam
  2. Datum Jelatek isu lama...(kawasan pembangkang)tempat tinggal saya lebih byk versi 'Datum Jelatek'(kawasan BN)byk rumah/kondo/apartment/shopping complex naik versi orang melyu mampu tengok dan yang membeli bangsa yang kaya kat malaysia ni..dan rakyat asing..melayu makin terpinggir,dan tanpa disedari penduduk bangsa tu makin ramai,yg dulu kawasan ni majoriti melayu...kelulusan mesti dari bandaraya..bermakna DBKL..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr,

      1. ' Tragedi ' ini pada hakikatnya berlaku di mana di tanah air kita. Bangunkan pusat komersial baharu dan import bangsa peniaga itu. Orang kita bawa diri ke tempat yg sesuai untuk mereka.

      Kita tidak ada dan mungkin juga tidak tahu mencari jalan keluar.

      Siapa sahaja yg berkuasa akan mewajarkannya. Siapa sahaja di pihak pembangkang akan memprotes projek-projek seperti itu.

      Rebakkan bandar yg akhirnya mengusir Melayu ini saya lihat tidak ada penyelesaian.

      Namun, bak kata orang N9, " lobeh baik duo-duo tak dapek. "

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."