Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 26 Februari 2015

HAIRAN


Saya ‘ lepak ‘ di sebuah restoran dengan seorang rakan seusia di satu petang secara tidak dirancang. Sambil bersembang saya sekali sekala menjeling layaran internet di telefon bimbit. 

Dia ‘ mengagumi ‘ saya dalam nada hairan kerana di usia kami saya persis golongan remaja  yang turut menggunakan telefon pintar dan ‘ ketagihan ’ melayari internet.

Dia berkata, “ Di usia kita memadailah memiliki telefon bimbit biasa untuk sekadar membuat dan menerima panggilan sahaja. “

Dia tidak ada perasaan rendah diri atau rugi kerana tidak berpeluang mengakses info terkini yang boleh didapati dengan hanya menguis hujung jari telunjuk. Dia selesa menggunakan telefon bimbit antik kebanggaannya yang tiada kemudahan untuk melihat dunia.

Sepertinya, saya turut diterjah hairan terhadap sikap pasifnya melayan anjakan teknologi dan gaya hidup yang merentas usia sekarang.

“ Ada juga warga kota moden ini yang tidak pedulikan hiruk pikuk ledakan teknologi komunikasi . Ledakan itu menjadikan atmosfera bumi dan cakrawala hari ini seakan semakin kecil .”

Sebilangan penduduk rumah panjang di pedalaman Sawarak/Sabah pun tidak kekok menggunakan kemudahan akaun Facebook, Twitter, Instagram, whatsApp, blog dan segala macam kemudahan dan kegilaan teknologi komunikasi.

Namun, secara akademiknya, kedudukkan kami adalah seimbang @ seri @ kosong-kosong;  Dia hairan dengan gelagat saya ‘ buat perangai ‘ yang tidak sepadan dengan usia (pada pendapatnya). Saya juga hairan dengan sikap pasifnya menyaring salah satu anjakan cara hidup hari ini yang sukar diabaikan.   

Pun demikian, dalam perjalanan ke kenderaan masing-masing, saya menunjukkannya satu berita ‘ hot news’ berkaitan parti politik yang didokongnya. Dia membacanya dengan bersemangat sekali sehingga selesai…..

    

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Membawa telefon pintar sebenar nya seolah nya kita membawa sebuah koputer kemana mana kita pergi. Malah telefon pintar adalah lebih powerful dari sebuah laptop atau sebuah desktop yang ada di rumah kita.

    Selain akses kepada info terkini, kini kita boleh menghubungi ahli keluarga, sahabat handai di mana saja di ceruk dunia bila bila masa dan percuma (mengambil kira akses kepada wifi percuma).

    Dengan berbagai applikasi sistem GPS dll kita juga boleh kemana ceruk alamat dengan mudah tanpa risau tersesat jalan, boleh menentukan arah kiblat, membaca Qur'an pada bila bila dan dimana saja.

    Bagaimana mungkin kita tidak mempergunakan kelebihan ini untuk kelebihan dan kebaikan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memudahkan. Sebagai kawan.

      Namun, mungkin kita belum boleh bertolak ansur peri orang tua asyik dgn telefon persis anak remaja.

      Tuan Haji tidak memakai ketayap ada ' advantage ' dlm beberapa hal berbanding yg pakai krtayap.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."