Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 3 Februari 2015

ROHINGYA MYANMAR ' TAKLUK ' SEBAHAGIAN AMPANG

SURAU AL-ISLAMIAH
Dua hari lepas saya solat Asar di Surau Al-Islamiah, Kg. Tasik Permai, Ampang. Surau Islamiah adalah surau kawasan perumahan yang juga di antara berpuluh buah surau di bawah naungan Masjid Al-Ubudiah, Kg. Tasek Tambahan, Ampang.

Saya sampai di surau itu kira-kira sepuluh minit lagi sebelum masuknya solat Asar. Saya sedikit terkejut apabila memasuki ruang surau yang bangunannya terletak di tepi jalan simpang tiga itu. Saya mendengar dendangan lagu Hindustan oleh seorang lelaki yang sedang berbaring di dalam surau. Suaranya merdu. Saya cuba mengamati samada irama lagu itu berunsur nasyid atau lagu Hindustan totok. Jelas, lagu itu adalah lagu Hindustan totok.

Andainya saya rakamkan nyanyian merdu lelaki Rohingya Myanmar itu dan edarkan dalam laman sosial ianya mungkin akan menjajadi viral dan kontroversi.

Penyanyinya ialah seorang lelaki di usia awal 40-an iras-iras keturunan India, memakai kain pelikat, berjubah dan berketayap hitam.

Saya mencari tempat duduk tidak jauh dari lelaki ' tidak sopan ' itu ( menyanyi di dalam surau ) sementara menunggu masuknya waktu Asar dikumandangkan. Ketika itu cuma ada 5 orang sahaja ( termasuk saya dan ' penyanyi ' itu) di dalam surau.  Lain-lain jemaah yang berpakaian kemas kain pelikat dan berbaju Melayu berzikir sendirian di sudut-sudut dewan surau tanpa memperdulikan gangguan lelaki yang asyik menyanyi.

Jemaah Rohingya Myanmar Melakukan Kerja-Kerja Membersihkan Surau
Kesemua mereka ( termasuk penyanyi ) ialah orang-orang Rohingya Myanmar. Saya sangat yakin dengan ' statement ' ini kerana saya orang tempatan Ampang.

Sebaik sahaja azan dikumandangkan oleh tukang azan rakyat tempatan, lelaki Rohingya Myanmar yang menyanyikan lagu Hindustan perlahan-lahan meninggalkan kawasan surau sambil mengucapkan kata-kata yang saya tidak faham. Maka, fahamlah saya ' penyanyi ' berbakat bersuara merdu itu ada masalah gangguan jiwa. Siapa tahu, mungkin dia ialah bekas seorang penyanyi terkenal di ' tanah air ' nya Myanmar!

Jemaah solat Asar membina dua saf yang panjang. Saya membuat kiraan rawak bahawa bilangan jemaah lebih kurang 70 orang. Ramai, pada kedudukkan sebuah surau jika dibuat perbandingan dengan mana-mana surau di negara kita. Yang agak mengejutkan, lebih kurang 40 orang jemaah adalah orang Rohingya Myanmar dicampur dengan bilangan kecil India Muslim dan Bangladesh. Anda jangan meragui keupayaan saya mengenal mana satu muka Rohingya Myanmar, India Muslim atau Bangladesh. Untuk makluman, saya telah bermustautin di Ampang lebih dari 3 dekad. 

Lelaki Rohingya Myanmar Melakukan Solat Sunat
Sesuatu yang menarik mengenai Rohingya Myanmar ialah mereka berdisiplin ketika datang ke surau - berpakaian kemas, suka berzikir dan kuat melakukan solat sunat. Kecuali sesetengah golongan muda, mereka tidak datang ke surau/masjid dengan berpakaian T-Shirt atau berpakaian lebih kurang sahaja seperti yang banyak diamalkan oleh orang kita Melayu.

Sesuatu yang masih menjadi tanda tanya saya ialah bagimanakah mereka yang kebanyakkan dikategorikan sebagai pelarian politik oleh UNHCR melakukan kelangsungan hidup?

Kalaulah cuma dengan kerja-kerja mencari barangan terbuang, pembentukan personaliti sebilangan di antara mereka yang kelihatan bergaya, kemas dan berkemampuan tidak akan berlaku.

Penduduk Ampang tentu menyedari bahawa kemaraan Rohingya Myanmar dalam melakar landskap sosial setempat. Mereka telah mempunyai warung untuk masyarakat mereka sendiri. Selain itu, beberapa buah kedai/perusahaan ( kerja-kerja besi/kedai runcit/restoran ) yang dahulunya diusahakan oleh orang Melayu kini kelihatan diusahakan oleh orang-orang Rohingya Myanmar atau Bangladesh. Justeru itu, penduduk Ampang sudah terbiasa dengan kain rentang atau papan tanda kedai/bengkel yang agak pelik bunyinya seperti ' SYARIKAT ABDOOLHOSSAM '.

Benarlah teori yang berbunyi ' Bangsa imigran selalunya akan lebih lebih berjaya dari penduduk tempatan '.  

Salahkah saudara seagama yang kita ketahui betapa azabnya mereka ketika di ' tanah air ' sendiri membina kehidupan yang lebih baik di bumi kita?

Namun, transaksi perusahaan Melayu bertukar tangan/milik melalui apa cara sekalipun dan kepada sesiapa golongan imigran sekalipun adalah sesuatu yang sangat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.  

Ada satu ungkapan yang saya masih ingat ketika di sekolah dahulu, Veni, Vedi, Vici,.....I came, I saw, I conquered! 


  

2 ulasan:

  1. semalam saya ke pekan bukit mertajam. memang 95% di jalan adalah warga asing. satu dua sahaja orang cina.

    tak heran 10 tahun nanti mereka akan jadi warga malaysia sepertimana cina dan india dulu...

    masa itu jangan salahkan mereka sebab yang membawanya masuk adalah kita...

    BalasPadam
  2. Sdr IM,

    Banyak pendatang Indon telah mempunyai i/c merah.

    Bilakah akan dapat diatasi. Operasi demi operasi tetapi wal hasil balik asal. Peliknya mereka bebas berniaga secara haram. Orang kita pula dikejar oleh PBT sampai tidak cukup tanah jika cuba-cuba belajar berniaga.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."