Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 12 Mac 2015

BISNES MELAYU

Satu ketika dahulu orang Melayu pernah dilanda fenomena bisnes senang jadi kaya. Kita diuar-uarkan orang itu sudah kaya, orang di sana juga sudah kaya kerana menceburkan diri di dalam peluang perniagaan yang belum dihidu oleh Orang Cina lagi iaitu di antaranya Memelihara Cacing, Memelihara Lintah, Menanam Pokok Mengkudu, Jarum Emas, Menanam Serai Wangi, Memelihara Ikan Keli Dalam Kanvas dan berbagai lagi.

Maka, ramailah orang kita memulakan bisnes bidan terjun dengan semangat berkobar-kobar dan yakin.
 
Seiringan dengan itu, opotunis penerbitan mengambil peluang dengan menerbitkan buku dengan tajuk-tajuk seperti 'Memelihara Cacing, Memelihara Lintah, Bisnes Mengkudu, Bisnes Jarum Emas, Menanam Serai Wangi, Memelihara Ikan Keli Dalam Kanvas dan berbagai-bagai lagi di pasaran.

Buku-buku tersebut laris dijual. 
Malangnya, panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hasil ke atas kerja-kerja yang telah diusahakan tidak ada pasaran. Penganjur projek lari.
 
Siapa punya kerja ' menipu ' bulat-bulat Orang Melayu ini?

2 ulasan:

  1. Menonton rancangan 'Passive to malaysia'berjalanlah pengacara dari satu negeri ke satu ,negeri semua digambarkan bangsa asing yg menopoli dari hotel,kebun sayur dan memelihara udang karang..hotel2 di pulau trengganu rupanya milik org asing,begitu mudah kelulusan diberi dlm pembelian tanah..hanya sda satu segmen org melayu...nelayan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,

      Yang terpekik terlolong berpanas berhujan bersemangat patriotik dan ' benci' kpd bangsa asing macai di bawah.

      Melayu ada kuasa ' serahkan ' kpd bangsa asing. Buktinya banyak.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."