Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 19 Mac 2015

' TREND ' BAHARU JIRAN BERSILATURRAHIM

Usai solat Isyak jemaah balik ke rumah masing-masing. Sebilangan ada yang singgah di kedai mamak.
 
Sampai di rumah - makan malam bersama keluarga. Ketika sedang makan adakalanya kita diganggu oleh nada isyarat ' hand phone '. Sangat jelas nada itu adalah semboyan mencabar yang tidak sabar-sabar ditiup oleh jiran dalam " Kumpulan WhatsApp Jiran Setaman ". Kita pura-pura tidak menghiraukan cabaran itu kerana segan dengan isteri dan anak-anak. " Dah tua pun asyik ' main ' whatsApp ". Pedih.
 
Nada cabaran berbunyi beberapa kali. Kita dapat menenangkan diri. Sabar.
 
Usai makan malam kita duduk santai di ruang tamu. Drama Melayu yang ditekuni oleh ahli keluarga yang lain langsung tidak menarik minat kita.
 
Hampir semua drama Melayu bersinopsis peniaga/usahawan Melayu yang kaya raya - jutawan, bisnes hotel, anak-anak belajar di luar negara. Mana ada! Segelintir sahaja yang kaya.

Hakikatnya, Orang Melayu berada di posisi ke-3 selepas Cina dan India dalam pemilikan kekayaan di negara ini. Lapan dari sepuluh orang billionair dalam senarai top 10 orang terkaya di Malaysia ialah orang (etnik) Cina. Seorang India. Cuma seorang sahaja Melayu. Itu pun ada darah Arab. Nisbah pemilikan lebih kurang ; Cina (RM133billion): India (RM35billion) : Melayu (RM5billion) . Bukan sedikit anak Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan - menganggur.
 
Nada cabaran di hand phone berbunyi dan berbunyi beberapa kali. Tentu ada isu-isu baharu atau isu lama diungkit semula. Tentu ada isu hendak menjual negeri. Tentu ada isu mengenai negara bangsa. Tentu ada isu kepartian. Tentu ada isu tanah yang telah tergadai kepada bangsa asing. Tentu ada isu maruah bangsa diperkotak-katikkan oleh bangsa asing. Tentu ada segala kelemahan dan kekurangan Melayu dituding puncanya kerana bangsa asing. Tentu ada ajakkan secara kasar dan provokasi supaya orang Melayu bersatu.

Isu-isu seperti sistem perparitan, nyamuk aedes, kecurian atau lampu jalan di kawasan perumahan tidak menyala tidak berapa menarik untuk dibincangkan!
 
Apabila ahli keluarga asyik dan leka dengan hal masing-masing kita secara sistematik melayan cabaran jiran yang berbeza kapal dalam menterjemah sesuatu isu. Kadang-kadang panas. Kadang-kadang radang.

Sekalipun ' trend ' ini ada pro dan kontranya, sekurangnya kecanggihan teknologi yang mudah dimiliki  mampu mengeratkan silaturrahim di kalangan jiran setaman dengan caranya yang tersendiri. Adakalanya pendekatan silaturrahim kejiranan itu persis seekor harimau kumbang mengasihani anak monyet yang telah dibunuh ibunya.

Sekalipun ada period panas dan radang, ianya dicerahkan apabila semuanya berhimpun di bawah bumbung masjid yang sama semasa solat berjumaah. 

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Haha... meriah sungguh kehidupan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal

      Meriah....he...he

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."