Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 23 November 2015

INGVAR KAMPRAD

Semalam aku turut meraikan ( tidak pasti hari ke berapa) pembukaan cawangan baharu IKEA di Cheras.

 Kerana disihir teknologi dan sikap 'caring' waze yang cuba menghindarkan aku dari kawasan-kawasan sesak melampau, perjalanan itu menjadi begitu jauh dan mengambil masa lebih satu jam.

 Dalam perjalanan balik aku dapati jarak antara IKEA dengan rumah aku tidaklah jauh.

 Namun, terima kasih kepada ' waze ' kalau tidak aku yang buta jalan walaupon telah berdekad-dekad jadi orang Kuala Lumpur pasti kempunankan IKEA Cheras yang gilang gemilang itu.

 Pengunjung macam ulat taik - begitu ramai, berduyun-duyun. Ada yang sanggup berjalan jauh dalam hujan renyai-renyai kerana masalah letak kenderaan.

 IKEA bukan sahaja menyediakan ' Kelengkapan Rumah ' yang gah terpampang dalam Bahasa Melayu ( aku bangga ) juga menguruskan ' food court ' yang terdapat dalam bangunannya. Tentu halal.

Aku lihat orang kita begitu yakin meratah ' chicken wings' dan meat ball tanpa was-was.....

 Sebenarnya aku tahu juga serba sedikit susuk pemilik IKEA keturunan Sweden yang juga kalau tidak silap ( Sweden ) adalah NEGARA terkaya dunia. 

Bagaimanapon, aku cuba goggle latar belakang raja retail yang dikenali ' genggam tidak tiris ' ini dari info yang ada otoriti. Aku kecewa kerana tidak ada info dalam Bahasa Malaysia.

 Bahasa Indonesia ada.

 Alahai, lekeh sangat kita dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Memang, realitinya kita tidak lagi memperdulikan bahasa kita.

 Berikut ialah kata-kata hikmah ( Bahasa Indonesia) pemilik IKEA, Ingvar Kamprad yang aku goggle untuk menjelaskan filosofi sosialnya dalam buku "Testament of a Furniture Dealer". Ia mengatakan:

 "Tidak cuma karena alasan biaya kami menghindari hotel mewah. Kami tidak butuh mobil mewah, gelar memukau, seragam atau simbol status lainnya. Kami hanya bersandar pada kekuatan kami dan tekad baja kami!" (wiki/ap)

3 ulasan:

  1. Selama ini saya taak pernah ada rasa ingin ke IKEA. Tak layak rasanya...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."