Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 15 November 2015

PEREMPUAN TUA

Barangkali dia pon tidak pernah berharap Sesiapa pelawa jamah makan paling enak
Penuh atas meja hingga tidak dihabisi
Di restoran Chinese Muslim Food ternama.

Dia cuma ke situ
Mengusung keropok
Meja ke meja
Menjaja simpati yang tidak dipeduli.

Dia yang tidak putus asa 
Menabur umpan duka nestapa
Di kaki lima restoran pula
Mengail ikan-ikan kenyang 
Yang tidak mahu lagi makan.


IBRAHIM SALEH
Ampang, Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."