Isnin, 26 Disember 2011

anak-anak : generasi alaf ini

SEBAIK memasuki ruang tamu rumah anak saudara yang baru berpindah ke rumah sendiri  di Bangi , pandangan saya tertumpu kepada dua orang  cucu saudara, Si Abang - 4 tahun dan adeknya, perempuan - 2 tahun. Mereka sedang asyik melayari rancangan kartun di internet melalui lap top.  

Tiba-tiba Si Adek menangis kerana abangnya tidak memenuhi permintaannya untuk memaut semula kepada cerita yang sudah selesai. Sebaliknya, abangnya 'click' pula pada cerita lain. Adeknya terus menangis sekuat hati. Dia cuba memberi tekanan saikologi kepada abangnya.

Si Abang tidak sedikit pun terpengaruh dengan helah adeknya. Dia terus larut dengan  cerita  kartun yang digemarinya.

Sebaliknya, ayah mereka pula yang terpaksa mengalah. Mungkin Si Ayah, 29 tahun, terlalu sayangkan anak perempuannya yang comel dan baru pandai bercakap sepatah dua itu. Atau, mungkin juga dia tidak mahu suasana hiruk pikuk tersebut berpanjangan.  Si Ayah mengambil satu lagi lap top dan membuat  carian yang diminta oleh Si Adek. Si Adek tersenyum. Dia menang. Dia merapatkan mukanya ke skrin komputer dan menonton di satu sudut lain di dalam rumah baru yang belum selesai disusun-atur itu.

Suasana dalam rumah yang terletak tidak jauh dari UKM tersebut persis sebuah pusat siber. Pelakunya cuma anak-anak kecil yang baru berusia empat dan dua tahun.

Saya percaya suasana sedemikian terutamanya di kalangan golongan pasangan ekskutif muda terpelajar dan golongan pertengahan adalah suatu keadaan biasa. Golongan tersebut mempunyai kemampuan  fizikal dan pendekatan intelek dalam memenuhi kehendak anak-anak dan dalam masa yang sama mendedahkan mereka kepada dunia IT di peringkat awal usia. Bayangkan apa yang bakal dikuasai oleh anak-anak ini ketika mereka mencapai usia seawal 6 - 7 tahun.

Bagaimanapun, elemen positif melalui pendedahan awal dunia IT boleh 'dirosakkan' oleh kesan sampingan yang amat besar impaknya kepada masa hadapan anak-anak jika perkembangan fasa-fasa kehidupan mereka tidak ditangani dengan betul. Elemen inilah yang perlu diuruskan dengan betul.

Keakraban anak-anak dengan 'sahabat' paling rapat mereka, yaani komputer akan membuatkan mereka leka. Ketagihan ini boleh  menyebabkan mereka mengabaikan tuntutan sebagai anak-anak dan juga tuntutan sosial. Mereka dengan mudahnya boleh terdedah kepada unsur-unsur negatif dan tidak sesuai.

Kendatipun demikian, menguasai IT adalah sesuatu yang 'wajib' pada alaf ini. Kita tidak boleh mengabaikannya. IT juga adalah dari spesis yang sama dengan spesis bekas Presiden Amerika Syarikat,  George Bush . Mereka sama-sama  gagah, bongkak dan menganut fahaman, "With Us, Or Without Us" yang terkenal merosakkan itu. 

Sedemikian, kita perlu ekstra cerdik menanganinya.

4 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    Saya juga perasan akan fenomena ini.
    Kagum saya akan penciptaan tablet yang hanye menggunakan senuhan skrin tampa perlu menekan butang pada papan kekunci..hehe..

    Bagaimanapun akses pada internet seumpama macam pisau di tangan..haha. Boleh di guna untuk menafaat kita dan ia juga mampu menjadi senjata menikam kita balik.

    Mana mungkin kita elak arus ini pada generasi masa kini.Ini la dunia nye sekarang.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Ya, kita tidak mampu 'ignore'.Bayangkan juga dunia anak-anak hari ini pada jangka masa paling maksima 10 tahun akan datang.

    Saya tidak dapat membayangkannya.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Ujang..,

    Memang itulah cabaran terkini yang bakal menjadi penentu masa depan anak-anak alaf baru seperti kata pemimpin masa kini "dunia tanpa sempadan"...

    Tapi sebenarnya hidup di dunia yg sementara inilah yg perlukan SEMPADAN dan sempadannya ialah ISLAM yg sebenar dan yg diamalkan.... Allahua`lam...

    p/s: Saya sendiri pun takut dgn arus dan gelombang baru ini yg bakal meranapkan genarasi dan dunia ini... tambahan pula saya tidak dapat membendungnya apatah lagi untuk menghalangnya...

    BalasPadam
  4. Sdr azmnor,

    Tuan,

    Sepertimana yg tuan katakan,bahawa sempadan 'Boleh'dan'Tidak Boleh' yang ditetapkan oleh agama PASTI melindungi dan menyelamatkan kita.Menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."