Jumaat, 30 Disember 2011

tahun masehi ke-2012 : tuakah kita?

Hari ini, Jumaat,  30 Disember 2011. Esok, Sabtu, 31 Disember 2011, atau secara tepatnya pada tepat jam 12.00 malam , tahun masehi ke-2011 akan menjadi sejarah.

Insya Allah jika dipanjangkan usia, pada  Ahad  hadapan kita akan melangkah ke tahun masehi ke-2012. Jangan juga lupa bahawa 01.01.12 bersamaan 07 Safar 1433H. Atau sebagai seorang Islam kita katakan begini, "07 Safar 1433H bersamaan 01 Januari 2012".

Siapa pun status kita;  samada warga emas, golongan dewasa, golongan  remaja, golongan anak-anak sekolah, orang kaya, orang miskin, pemimpin, pengikut,orang alim,orang jahil atau pegawai kerajaan; samada kategori khas, JUSA,ada ijazah, ada diploma,ada sijil selepas SPM,lulusan SPM,lulusan PMR atau golongan sektor swasta; CEO, Pengurus,Jurutera, Juruteknik, Line Leader,Operator Pengeluaran, Pegawai Keselamatan dan sesiapa sahaja yang ditakrifkan sebagai manusia yang sempurna akal, pada umumnya berharap akan dapat melangkah ke ufuk tahun masehi ke-2012 dan hari-hari yang terkandung di dalam tahun tersebut.

Kenapa? Jawapannya ialah kerana masing-masing masih ada agenda yang belum diselesaikan. Mungkin inilah yang dimaksudkan dalam ungkapan yang berbunyi, " Setiap kehidupan mempunyai celah yang kosong. Celah itu perlu diisi dengan cita-cita. Sekiranya tidak, ia tetap kosong dan tidak mempunyai faedah buat selama-lamanya." Urusan manusia di dunia ini tidak akan pernah selesai!

Bersama-samalah kita melangkah ke tahun masehi yang ke-2012 dengan ceria dan  bergaya. Kita ada akaun 'terakru' yang tidak dapat diselesaikan pada tahun lepas.      

8 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    Haha...betul tu...urusan manusia di dunia tidak ada penghujung nye...

    Sepanjang tahun kita sibuk cuba memenuhi ruang2 kosong dalam kehidupan...hehe.

    Happy new year 2012..Tuan.

    BalasPadam
  2. Saudara Ujangkutik,

    'Celah itu perlu diisi dengan cita-cita'.

    Cita-cita perlu disertai dengan azam yang kuat dan perlaksanaan. Dan disertai dengan doa juga.

    Insya'Allah akan dikabulkan.

    Tuakah kita untuk masih bercita-cita.

    Usia bersifat subjektif. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu manusia bercita-cita akan sesuatu seperti saudara ungkapkan 'masing-masing masih ada agenda yang belum diselesaikan'.

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    "Agi idup aghi ngalaban".

    BalasPadam
  4. Sdr Pak Mail,

    Ada orang berkata,"Umur cuma sekadar angka."
    "Berusahalah seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi."

    "Beramallah seolah-olah akan mati di esok hari."

    BalasPadam
  5. Salam Tuan Ujang...,

    Semakin bertambah tahun semakin berkurang ruangan untuk kita terus menikmati dan mempergunakan masa yg masih berbaki yg tidak diketahui berapa bakinya....semuga dpt membuat yg terbaik sebaik mungkin...

    BalasPadam
  6. Sdr azmnor,

    Terima kasih kerana ingat mengingati. Semoga kita bersusah payah dalam beramal untuk kebaikan akhirat kita.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."