Rabu, 8 Februari 2012

j.a.russel: dedaunnya.......


Dia, J.A.Russel, anak kepada seorang pegawai di syarikat Inggeris datang ke Malaya ketika berusia 7 tahun pada tahun 1890. Apabila mencapai usia remaja dia bekerja dengan syarikat Inggeris, Straits Trading Company. Gajinya sebulan RM30.00. Jumlah itu dianggap rendah untuk seorang pegawai Inggeris pada ketika itu.

Namun, dia seorang yang berkebolehan,berbakat dan bercita-cita tinggi. Dia beralih ke bidang perniagaan. Di usia 44 tahun dia telah memilikki beberapa buah perniagaan yang melibatkan pelaburan dalam sektor bijih timah, getah dan hartanah. Dia terlibat dalam pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Dia, Si kacak J.A. Russel, tidak berhenti setakat itu. Dia seperti yang dinyatakan di atas berkebolehan, berbakat dan bercita-cita tinggi. Pada tahun 1927, harga komiditi turun kecuali harga teh yang berkualiti. Dia membuka kebun teh di Cameron Highland, Pahang dan menamakannya BOH. Legasi perniagaan bangsa yang pernah menjajah negara kita ini kekal hingga ke hari ini di Malaysia.

Namun demikian, J.A.Russel mungkin tidak pernah terfikir bahawa golongan yang sebangsa dengan pekerjanya , yaani kaum India akan menguasai minuman berunsurkan teh dan menimbulkan fenomena 'teh tarik' dan 'lepak di kedai mamak' di kalangan penduduk negara ini pada hari ini.

'Kegilaan' tersebut tidak akan dapat memadamkan peranan besar J.A. Russel dalam penerokaan industri kebun teh dan produk daun teh di Malaysia. Walaupun merentas zaman, kedua-duanya saling kuat menguatkan. Namun demikian, J.A. Russel berada di klas ekslusifnya yang tersendiri. Tidak terkalahkan.

5 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Telah banyak kali juga saya ke Cameron Highland. Kali terakhir......telah lama juga.

    Tapi tak terperasan pula tentang sejarah ladang teh BOH dan pengasasnya.

    Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    BalasPadam
  2. Salam Saudara Ujang,

    Terima kasih atas info sejarah teh BOH....tp kalau ke CH ssaya suka minum tea bahrat kat tepi lereng ladang teh tu....memang best....lama dah tak kesana..

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Mail,

    Ladang Boh terletak di Sungei Palas,Cameron Highland. Di situ juga ada 'BOH' Tea Centre - Cafe, pusat informasi BOH.Pengunjung boleh masuk dan melawat Ladang Boh di Sungei Palas.

    Saya berpendapat tidak lengkap ke Cameron Highland jika tidak sampai ke BOH Tea Centre.

    BalasPadam
  4. Sdr Azmnor,

    Dalam perjalanan balik tengah hari tadi kami juga singgah di Bharat Tea- di tepi jalan besar Tapah-Tanah Rata tu.

    Saya berpendapat Boh Tea Center di Ladang Teh BOH Sg.Palas lebih menarik.Anak saya kata di situlah scene 'Ombak Rindu'.Pihak pengurusan BOH saya rasa lebih mesra pelanggan.
    Laluan ke puncak BOH Tea Centre agak mencabar @ merbahaya.Adventure.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."