Ahad, 22 April 2012

senandung penduduk di sebuah persinggahan

“Apalah ada rumah usang,
ambillah usunglah,
apalah ada rumah usang,
ambillah usunglah .”

Ambillah usunglah,
rumah usang kami;
dirikan menara tidur tamu,
dirikan gedung jiran kami.

Ambillah usunglah,
rumah usang kami;
ambillah kami jadi jaga,
ambillah kami penyambut tamu,
ambillah kami pengemas bilik,
ambillah kami pelayan gedung.

Atas pusara rumah kami,
ambillah kami jadikan kuli.

8 ulasan:

  1. Lama sudah diusung
    lama sudah menjadi kuli
    lama sudah mengangguk-angguk
    lama sudah dibuai mimpi
    teruskanlah kepuasan itu
    tiada siapa berani menggeleng kepala
    selagi izrael tak mengundang
    teruskanlah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Selagi izrael tak mengundang
      teruskanlah......"

      Itu kalimah orang yang tiada upaya,itulah juga kalimah nasihat dan itulah juga kalimah orang yang seyakin-yakinnya bahawa ada kuasa yang lebih hebat lagi.

      T.Kasih.

      Padam
    2. salam saudara ujang,

      Angguk-angguk geleng-geleng..., tak tau mana yg betul perlu diikut....keliru....

      Padam
    3. Sdr azmnor,

      Begitulah dalam menyaring keyakinan, apa yang kita lihat hitam mungkin dilihat putih oleh orang lain.

      Padam
  2. Ku harapkan papar
    Pagar makan padi
    Ku harapkan yang besar
    Aku sebatang lidi

    Puteh mataku
    Puteh pula tulangku
    Cuma yang ada
    Tuhan yang esa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan,

      Sebatang demi sebatang lidi apabila dikumpulkan akan menjadi penyapu.Penyapu itulah kelak yang akan membersihkan sampah sarap di jalanan.

      T.Kasih.

      Padam
  3. Girang mak munah tidak bersekat
    Tercampak gigi sebelah barat
    Hilang tanah dek emas sekerat
    Tak nampak budi kerana melarat

    alahaiii...

    BalasPadam
  4. Mak limah ke Kuala Pusu
    dari sana ke Tanjung Katung
    lentoklah kepala dicarikan kutu
    upahnya tanah di hujung kampung.

    he...he..

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."