Isnin, 7 Mei 2012

bahagia ada di mana-mana


bahagia ada di mana-mana

Gambar di atas saya  pindahkan dari blog rakan blogger saya, THEOLRASCAL (http://theolrascal.wordpress.com/)yang baru-baru ini melakukan ekspedisi bersama keluarga beliau di pedalaman Taman Negara Kuala Tahan. Saya sangat tersentuh dengan anak kecil ini yang hidup dalam persekitaran serba kekurangan.

Namun demikian, si kecil bersosok tubuh tegap dari keturunan Orang Asal di pedalaman Taman Negara Kuala Tahan ini kelihatan begitu yakin dengan kehidupannya. Tidak syak lagi, beliau juga sebahagia anak-anak yang lain.

Harapan saya, semoga cahaya iman akan sampai kepada beliau suatu hari nanti.


8 ulasan:

  1. Bahagia bukan terletak pada material tetapi di hati.

    Begitu juga kemajuan bukan semata pada bentuk fizikal.

    Benar... bahagia terletak di hati. Dan akan lebih berharga jika di sinari dengan iman!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak comel ini tidak pernah berpeluang membandingkan kehidupannya dengan anak-anak lain kerana di situlah sahaja dunianya.Semoga dia akan mendapat cahaya iman.

      Padam
  2. Saudara Ujangkutik,

    'Harapan saya, semoga cahaya iman akan sampai kepada beliau suatu hari nanti'.

    Amin......Ya Rabbal Alamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dia akan dapat cahaya iman agar walaupun kekurangan di dunia tetapi bahagia di akhirat.

      Padam
  3. Saudara-sahabat-handai kakak ramai juga yg masuk ke kawasan pedalaman terutama di Sabah/Sarawak dah ramai juga yg telah memeluk Islam, cuma sayangkan utk terus mendidik tidak ramai yg mampu. Tabligh banyak dah tolong tapi kelangsungan tidak dapat dibuat berpanjangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beruntunglah puan kerana mempunyai sahabat handai yang menyahut seruan berdakwah.Mereka telah berusaha.

      Yang bermasalahnya ialah orang lain (termasuk saya) yang tidak berbuat apa-apa.Bagaimanapun, simpati kepada kehidupan hamba Allah yang terpinggir dari penilaian kita dan berharap semoga cahaya iman akan sampai kepada mereka juga adalah
      amalan yang baik.

      Namun demikian, kita sepatutnya lebih berusaha lagi untuk kebaikan manusia lain.

      Padam
  4. Banyak yang menyedihkan bila kita pandang disekeliling kita dengan mata hati. Yang dipendalaman tidah tahu nilai wang ringgit. Yang dikampong tahu nilai tapi tidak kemampuan dan anak anak terbiar. Kita boleh lihat hala mana mereka ini dalam masa satu generasi lagi. Munkin iman pun tergadai, dauzubillah.

    catatan saja:
    Tiap tiap kali saya tinggal catatan diblog ini akan tiba satu email mengatakan email saya tidak dapat dihantar. Saya tak faham. Boleh sdra hantar saya satu email melalui almanar@pd.jaring.my ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tertarik dengan ungkapan tuan 'kita pandang di sekeliling dengan mata hati'. Banyak yang kita tidak terpandangkan - anak-anak merempat di jalanan,Orang Asal/Peribumi di pedalaman,Bumi di kampung-kampung.Malah,kucing/anjing terbiar yang diabaikan.

      Beberapa tahun dahulu saya mengalami satu situasi 'terlepas pandang' mengenai pesakit anak Orang Asal di sebelah katil anak saya di Hospital Besar Kuala Lumpur. Di sebalik pelawat/sanak saudara yang datang menziarahi anak saya secara silih berganti,saya tidak terperasan bahawa pesakit anak Orang Asal dari Slim River tersebut terbiar keseorangan tanpa tetamu.Tiada sesiapa yang ingin bertanya keadaannya.

      Akhirnya, saya perasan keadaan tersebut.Saya sempat berbual dan bertanya latar belakangnya. Saya sebak melihat dia menikmati makanan yang saya belikan.


      Nota:
      Saya ada masalah dengan e-mail saya. Satu lagi e-mail saya: ujang_biad@yahoo.com.my. Saya akan mencuba menghubungi e-mail tuan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."