Isnin, 14 Mei 2012

bukan mengata

Benar, kesedaran menghayati hidup beragama agak membanggakan beberapa tahun kebelakangan ini. Masjid dan surau padat dengan program kuliah agama. Malah, kebanyakkkan masjid dan surau mengadakan kuliah maghrib tujuh hari dalam seminggu. Selain itu, kuliah subuh dan maghrib diadakan juga pada hari cuti Sabtu dan Ahad serta pada hari-hari cuti yang lain. Kuliah sebelum zuhur juga diadakan di kebanyakkkan pejabat kerajaan atau swasta terutamnaya di bandar-bandar besar.  

Kini, sebilangan kita telah melepaskan kepergian zaman 'lalai' dengan senang hati. Sebilangan kita telah 'menjadi baik'. Malah, ada yang telah mengajar di kuliah-kuliah agama, menjadi nazir masjid, menjadi imam di masjid/surau, hati tertambat di masjid/surau, taat solat lima waktu, rajin menunaikan solat berjumaah, kuat bersedekah, membentang dan menggulung tikar/sejadah di surau, berjubah, berjanggut,mengajar anak-anak membaca Al-Quran dan sebagainya.  


Syukur, dengan takdir Allah, sebilangan kita sedang berjalan di 'track' yang betul.


Namun demikian, masih ada sebilangan di antara kawan-kawan kita belum nampak lagi jalan pulang. Bukan sedikit rakan-rakan kita hanyut; masih tidak mendirikan solat, tidak cukup solat lima waktu,  tidak mendirikan solat Jumaat, tidak berpuasa, kaki perempuan, masih bermain judi, masih ketagih membeli nombor ekor, masih asyik berkaraoke, masih asing dengan surau, masjid dan kuliah agama dan menganggap perkara-perkara berkaitan agama tidak ada kaitan dengan 'routine' kehidupan seharian mereka. Kawan-kawan kita tersebut bukannya di usia 20-an atau 30-an, tetapi 40-an,50-an, malahan 60-an!

Sebagai Muslim yang baik dan berilmu, kita tidak sepatutnya riak kerana perasan dengan diri sendiri yang kelihatan lebih baik dari mereka. Sebaliknya, kita perlulah bersyukur kerana dengan izin Allah kita berada di 'track' jalan pulang yang betul.

Sebagai Muslim yang baik dan seperti yang diajar, selain dari mendoakan ibu bapa serta ahli keluarga, kita juga mendoakan kebaikan kepada seluruh umat Islam sejagat termasuk kawan-kawan kita tersebut.



star city
a.star

8 ulasan:

  1. terima kasih atas peringatan...pengakhir kehidupan ini tiada siapa yg tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr a.samad jaafar,

      Betul, kita tidak tahu pengakhir kehidupan.Inilah yg menakutkan.

      Padam
  2. MEJADI TANGGUNGJAWAB KITA MENASIHATI MEREKA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr insan_marhaen,

      Benar, tetapi tidak ramai yang boleh berbuat demikian.

      Padam
  3. Mudah2an pengakhiran hayat kita di dalam kesudahan yang baik (husnul khatimah).

    BalasPadam
  4. Ujang Kutik,

    ..seru tak sampai..
    kemudian ingatkan mati itu hanye berlaku pada orang lain saja..

    selamat bertugas di alor star..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      'Ingatkan mati hanya berlaku pada orang lain',

      Inilah ungkapan yg pernah diucapkan oleh guru literature saya seorang Sikh berpuluh tahun dahulu.

      Mungkin beliau juga telah tiada sekarang.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."