Khamis, 3 Mei 2012

secawan kopi sebelum ke sawah

BERSIH 3.0 telah berlalu. Ada golongan yang pro kepada BERSIH 3.0. Ada yang anti. Walaupun ada segolongan hamba Allah yang menyatakan mereka tidak menyebelahi mana-mana pihak, mereka sebenarnya tetap ada pihak yang mereka sebelahi atau sekurang-kurangnya bersimpati.  

Saya sendiri secara peribadi ada pihak yang saya sebelahi atau pun berikan simpati. Namun demikian, saya tidak akan menunjukkan dengan sewenang-wenangnya 'belang saya' kepada orang lain terutamanya pihak yang tidak sependapat dengan saya.

Sebaliknya, ketika berlakunya BERSIH 3.0 inilah saya melihat sebilangan rakan-rakan 'blogger santai' (seperti saya) tiba-tiba menjadi 'part time' blogger politik. Maka, mereka tulislah sesedap hati mengikut neraca keyakinan masing-masing. 

Tidak mengapa. Saya tidak mengambil hati ke atas mana-mana tulisan rakan blogger yang tidak sealiran dengan saya. Itu hak mereka. Saya cuma tidak memberi reaksi atau membuat ulasan dalam blog mereka.

Insya Allah selepas isu BERSIH 3.0 reda, kami @ kita akan memeriahkan semula laman 'blog santai' kita. Kita mudik semula ke kampung asal kita - 'Perkampungan Blogger Santai'. Kita menyentuh hal-hal ringan - tentang laut, tentang gunung, tentang lembah, tentang ...... Bukankah begitu?       

8 ulasan:

  1. Chongkau Ulu mano ado sawah laie Bang ,,, semua dah tanam sawit ,,, Kawan sobayo sey Shawal Porjo ,, abg kona kan ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sey 3 tahun tuo dari dio. Kona bona.

      Saya ada kenangan dengan Allahyarham Pakcik Parjo ,ayah Shawal masa muda-muda dahulu.

      Kami sama-sama naik bas dari kampung hendak ke Seremban (Saya hendak balik Kolumpur).Saya bayarkan tiket basnya.Dalam bas saya sempat berbual mengenai kampung asal usul dan adik beradiknya di Pulau Jawa.Allahyarham dengan tegas berkata bahawa dia masih ingat dan boleh mencari kampung asalnya di Pulau Jawa kalau ada kesempatan dan wang.

      Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Dia meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.Al-Fatihah.

      Padam
    2. alfatihah utk wak porjo ,, Syawal samo kelas dgn den Bang ,,, Rosli pulak kojo Navy tapi dah pay off, ada jawatan di masjid sekarang ni ,, Chef Ismail lak junior setahun dari den,,

      Padam
    3. Shawal samo sebaya dengan adek pompuan sey..Kalau di URESS konallah Ujang Harun budak kampung sey.

      Dunia ni kocik,bukannya godang bonar.

      Padam
  2. Ujang kutik,

    wa setuju sangat2 ..hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Ya,kita mudek semula ke perkampungan asal kita....

      Padam
  3. terima kasih sudi singgah blog saya... jom santai dengan blog...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."