Isnin, 21 Mei 2012

sepetang di kota itu

Ketika ditanya anak kucing itu,
kenapa hidup terbuang,
di premis orang kenyang.

Katanya sayu,
ia juga pernah disayang,
bak minyak penuh yang ditatang.

Sebermula celaka,
tika haiwannya tidak terkekang,
hapak najis,
hancing kencing,
menyihir,
kasih  seorang mantan tuan.

Oh…..
mudahnya mengalih susah,
memangsa yang lemah,
tanpa belas dan hemah.
 

2 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    '' melayu perlembagaan '' kah mereka ini..

    hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Theolrascal,

      Melayu Tuah telah mati.Bersama robohnya Kota Melaka.

      Melayu kita...

      he..he..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."