Rabu, 13 Jun 2012

suatu petang beberapa tahun yang lalu

Pada suatu petang selepas waktu pejabat yang telah berlalu terlalu lama, tiga atau empat tahun kebelakangan, dan ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta yang melalui warung-warung di belakang pejabat,saya terkerling seorang wanita muda keturunan Cina, yang duduk mencangkung dan sedang menyantuni akan sekumpulan kucing-kucing buangan yang terbiar dan diabai. Dia membelai haiwan-haiwan malang tersebut dengan penuh kasih sayang – jari-jari halus dan lentiknya menggosok-gosok bahagian kepala dan leher haiwan-haiwan itu sambil berkata dalam berbisik, “I love you all”, berulang-ulang sambil menaburkan makanan kucing  berjenama mahal di atas sehelai kertas yang bersih.
Akhirnya, dia menyedari kehadiran saya.Dia tersenyum.Manis senyumannya.Saya membalas senyumnya sambil menegakkan ibu jari, “Syabas!” , dan meninggalkan wanita muda keturunan Cina itu larut bersama alamnya.    
Kuala Lumpurrrrrrrrr………..masih ada lagi manusia seperti ini di perut kota mu yang dikatakan tidak memperdulikan sesiapa pun!!!!  

2 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Berbahagialah akan perempuan Cina itu seandainya beliau seorang muslimah. Berbahagia di dunia kerana dipandang mulia di sisi masyarakat atas kasih ihsannya terhadap haiwan terbiar. Berbahagia di akhirat di sisi Allah atas janji-janji Allah swt.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Kalau beliau masih belum Islam,beliau cuma mulia di sisi masyarakat.Beliau rugi.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."