Ahad, 17 Jun 2012

terengganu, negeri 1001 masjid

Salah sebuah masjid di Marang
Saya bertanggungjawab ke atas kenyataan ini, "Di seluruh Malaya (sila baca Tanah Semenanjung, Sabah dan Sarawak), Negeri Terengganu adalah satu-satunya negeri yang mempunyai paling banyak masjid ;  masjid-masjid tersebut besar, indah dan unik."

Dikalangan anda yang berpendapat bahawa negeri-negeri lain juga banyak masjid, anda akhirnya akan bersetuju dengan saya bahawa secara keseluruhannya Negeri Terengganu bukan sahaja memilikki banyak masjid, bahkan masjid-masjid tersebut juga besar, indah dan unik. Tiga unsur tersebut tidak dapat disaingi oleh negeri-negeri lain. Apabila disebut masjid, Terengganu berada di kelasnya yang tersendiri.   

Kita kecualikan keindahan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam yang kontroversi itu, Masjid Terapung, Ibai atau Masjid Zainal Abidin (Masjid Putih), Bandaraya Kuala Terengganu kerana segala kehebatan yang ada pada ketiga-tiga masjid tersebut telah diketahui umum. 

Setiap daerah , yaani Kemanan di selatan, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Brang, Permaisuri atau Besut yang bersempadan dengan Kelantan, memiliki masjid-masjid yang besar, indah dan unik. 

Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang hampir keseluruhan penduduknya orang Melayu. Selain dari Kelantan dan Kedah, Negeri Terengganu adalah 'ladang' sekolah-sekolah berpendidikkan agama. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan di negeri ini. 

Negeri ini adalah juga 'kilang' yang melahirkan bijak pandai Islam dan golongan ulamak yang mewarnai senario ilmu Islam dan politik tanah air. Siapa yang tidak kenal dengan anak-anak negeri Terengganu berstatus agamawan dan ulamak seperti bekas menteri besar Terengganu, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Hj. Wan Moktar Ahmad  atau Presiden PAS, Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang yang terkenal itu. Mutakhir ini, aura dan karisma anak Terengganu, Ustaz Azhar Idrus umpama gelombang yang sebelumnya cuma bermain-main di Pantai Batu Buruk, kini melebar dan mewujudkan satu fenomena di seluruh negara. 

Mungkin ada yang agak kritikal akan menimbulkan isu-isu seperti ini, " Terengganu bolehlah bina masjid-masjid besar,indah dan unik kerana dapat royalti minyak. Masih berlakukah lagi solat dua imam? Bagaimana dengan sambutan jumaah yang mengimarahkan masjid? " Bandaraya Kuala Terengganu akan menjadi 'padang jarak padang tekukurkah' kerana  penduduk Kuala Terengganu dan seisinya berkejar-kejar dan sesetengahnya yang kurang upaya berlari-lari anak ke masjid-masjid mereka yang besar, indah dan unik ketika azan dikumandangkan? Kuala Terengganu Waterfront yang indah dan berwarna warni itu seawal matahari 'berehat' di horizon, sunyi sepi tanpa pengunjungkah ketika azan Maghrib dari menara Masjid Zainal Abidin (Masjid Putih) dikumandangkan?

Maaf, saya tidak mempunyai akses untuk menjawab soalan-soalan tersebut dalam tulisan ini.       

   

7 ulasan:

  1. IM juga kagum dengan aura Ust Azhar Idrus yang melebihi aura Ust Samsuri Ahmad sebelum ini di Penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Ust Samsuri Ahmad telah teruji dan bertapak sekian lama.Ustaz yg ikhlas tujuan mereka sama - dakwah.

      Padam
  2. Saudara Ujangkutik,

    Menyentuh tentang masjid di Kuala Trengganu, saya teringat satu kejadian di mana ketika saya sedang solat subuh bersama jemaah di sebuah masjid yang berdekatan dengan stesen bas express Kuala Trengganu beberapa tahun yang lalu. Isteri saya pula solat bersama jemaah muslimah di belakang tirai.

    Sedang kami solat tiba2 terdengar jeritan dari belakang tirai oleh salah seorang muslimah. Seorang lelaki yang tidak dikenali telah masuk dan mencuri beg tangan di sisi wanita yang yang sedang solat.

    Saya tidak pula ingat nama masjid tersebut. Masjidnya lama dan agak besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Itu Masjid Zainal Abidin atau Masjid Putih. Sekarang telah diubahsuai.

      Saya selalu ingatkan isteri ketika solat di masjid/R&R/Stesen minyak supaya lebih hati-hati.

      Padam
    2. Ya, benar. Sewaktu saya berada di sana masjid ini dalam proses pengubahsuaian.

      Padam
  3. Bersebelahan Masjid Putehlah saya dibesarkan. Dimasjid itulah saya berada diwaktu malam kerana menumpang membaca dibawah cahaya lampu. Rumah saya cuma berpelita minyak kerosine. Sayangnya kerajaan Terengganu tidak bertindak adil mengambil tanak keluarga beratus tahun, tidak pula tanah kaum mendatang yang bertambah mewah. Banyak mesjid yang indah tetapi kaum bumi bertambah menjadi kaum hamba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Saya banyak berjalan.Tanpa disedari saya banyak menulis mengenai negeri tuan.

      Ada di antara catatan saya meluahkan 'ketakutan' seperti yang tuan luahkan.Di atas pupusnya perkampungan di sekitar Sumai Hotel,bertambah perkasanya pula kampung jiran di sekitar Pasar Payang/Kuala Terengganu Waterfront.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."