Khamis, 2 Ogos 2012

12 RAMADHAN 1433H: DIPERANGKAP?

Mereka diperangkap di dalam masjid!

Pihak pengurusan masjid kami menetapkan tazkirah Ramadhan diadakan selepas selesai solat sunat tarawikh dan solat sunat witir. Itulah program yang dijadualkan dari 01 Ramadhan hingga 11 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah, kehadiran jumaah masih pada tahap membanggakan walaupun telah banyak berkurangan.

Bagaimanapun, cuma 2/3 bilangan jumaah sahaja yang menunaikan solat sunat tarawikh melakukan solat sunat witir. Apabila sampai ke majlis tazkirah, tidak sampai 1/3 bilangan jumaah yang mampu bertahan. Dua per tiga meninggalkan masjid secara berperingkat – 1/3 pada fasa selepas selesai sunat tarawikh (8 rakaat sahaja) dan 1/3 lagi pada fasa tazkirah Ramadhan.    
Salah seorang penceramah undangan pernah meluahkan kekecewaan beliau terhadap jumaah yang tergesa-gesa meninggalkan masjid sebaik sahaja solat sunat tarawikh selesai. Beliau bertambah kecewa kerana ada di antaranya yang berketerampilan seperti orang kuat beragama – berjubah, berserban dan berjanggut. Katanya, “ walaupun mungkin ada yang menunaikan solat sunat witir di rumah masing-masing, tindakan mereka yang nampak hebat beragama tersebut boleh menimbulkan fitnah.”
Sebilangan jumaah tersebut tidak mengerjakan solat sunat witir dan juga tidak bersama jumaah yang lain mengikuti tazkirah Ramadhan di masjid.
Walaupun agak terlambat, mulai hari in 12 Ramadhan 1433H, pihak pengurusan masjid yang mula menyedari adanya ‘loop hole’, telah mengambil tindakan drastik dengan cara mengadakan majlis tazkirah selepas selesai solat sunat tarawikh pada empat rakaat yang pertama. Sedemikian, dapatlah jumaah yang ‘degil-degil’ mengikuti majlis tazkirah 'sambil-sambil' menunggu empat rakaat yang berikutnya.
Sungguh pun ada juga sebilangan kecil jumaah yang ‘degil-degil’ meninggalkan masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawikh 8 rakaat tanpa menunaikan solat sunat witir, bilangan mereka tidak membimbangkan.
‘ Kalau hendak balik pun alang-alang ’! Mereka diperangkap?

2 ulasan:

  1. Apa yang berlaku nukan pekara ganjil. Ramai untuk 4 atau 8 rakaat, ramai dihari hari awal Ramadhan dan terus berkurangan. Didaerah saya tak munkin boleh 'merankap' ahli jumaah kerana terlalu banyak masjid dan surau. Saya dan isteru sudah sembahyang di 4 buah masjid setakat ini. Malam esok ada pula jemputan buka puasa disebuah surau pula. Begitupun biarlah kita berharap mereka ini menambahkan amalan mereka dirumah. Munkin dengat niat tidak ingin menunjuk bagaimana lebainya mereka.

    Selamat berpuasa dan seterusnya berhari raya.

    Banyakali saya tidak dapat masuk blog Sdr. Saya tak faham. Munkin diwaktu sahir macam ini dapat!

    BalasPadam
  2. Sdr Al-Manar,

    Benar, mereka mungkin menambahkan amalan di rumah kerana berpandukan keterampilan tidak mungkin mereka meninggalkan witir.

    Saya terkesan dengan 3 kali amin yang diucapkan oleh Rasulullah ketika menaiki membar. Salah satu ialah mengenai mereka-mereka yang tidak memunfaatkan bulan Ramadhan.

    Semoga kita berjaya.Semoga tuan juga terus maju jaya dengan misi tuan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."