Jumaat, 31 Ogos 2012

NEGERI SEMBILAN:BELALANG SAWAH MASAK PINDANG

MEREKA yang kini berusia 45  tahun ke atas, dan membesar di kampung-kampung persawahan di kaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan, yaani Kampung Perah, Kg. Gadung, Kg. Tanjung, Kg. Mungkal, Kg. Jeram, Kg. Batang Nyamor dan Kg. Chengkau Ulu tahu masakan ini. Mereka mesti tahu kerana pernah merasa makanan ekstotik ini. Jangan pedulikan status terkini mereka – samada masih atau mantan Menteri, Duta, YB, Ketua Pengarah, Doktor Pakar, Akauntan Bertauliah, Jurutera,CEO, Sastrawan….. Mentelahan guru biasa, ketua kerani, buruh PBT atau mereka yang mengabdikan diri di kampung sepanjang hidup mereka. Tiada yang terkecuali. Makanan yang dimaksudkan ialah  BELALANG SAWAH MASAK PINDANG.
Aktiviti menangkap belalang sawah (belalang kecil sebesar lada api yang terdapat di kawasan sawah padi) dilakukan oleh penduduk kampung secara beramai-ramai di waktu malam dan biasanya selepas hujan. Belalang sawah yang hinggap di batang-batang padi yang telah dituai dan rumput-rampai di kawasan sawah padi mudah ditangkap pada waktu malam. Berbekalkan pelita minyak tanah dan botol, belalang sawah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol yang dibawa. Belalang sawah yang sudah dimasukkan ke dalam botol tidak akan dapat keluar kerana mulut botol telah dipasang ‘lidah’ – satu kaedah mekanikal  mudah yang menyebabkan belalang tidak dapat keluar. Kebiasaannya seseorang itu boleh menangkap sebanyak dua botol besar (botol sekati) pada satu malam.
Aktiviti menangkap belalang kalau dinilai dengan persekitaran hari ini, bukanlah suatu aktiviti yang mudah dan santai. Bayangkan, keadaan waktu malam yang sejuk, gelap, banyak nyamuk, kaki berendam dalam kawasan sawah yang berair dan kemungkinan dipatuk ular atau disengat lipan. Bagaimanapun, seingat saya tiada kejadian dipatuk ular atau disengat lipan. Cuma lucunya, anak-anak yang ‘mandi kerbau’ ketika hendak ke sekolah pada keesokkan harinya akan mempamirkan ‘jelaga’ pelita minyak tanah di dahi/muka masing-masing kepada rakan-rakan di sekolah.
Apabila sampai di rumah, belalang yang ditangkap dimasukkan ke dalam periuk dan direbus seketika. Belalang yang telah direbus terus ‘disiang’ pada malam itu juga. Bagaimanapun, jika malas atau penat, boleh juga dibuat pada keesokkan harinya. Kerja-kerja menyiang belalang agak mudah kerana cuma perlu membuang kepak dan kaki serangga itu sahaja. Selepas proses menyiang selesai, belalang disimpan untuk dimasak pada keesokkan harinya.
Kebiasaannya orang di kampung saya memasak secara 'masak pindang’. Masakan tersebut sebenarnya adalah masakan biasa Negeri Sembilan, iaitu masak lemak cili api. Bezanya masakan itu direnek sehingga kuahnya hampir kering dan belalang menjadi kental. Kebiasaannya juga masakan tersebut dimasak bersama hirisan buah bacang tua. Secara peribadi, saya katakan bahawa masakan belalang sawah pindang sangat enak. He..he..he..
Namun demikian, semoga isteri atau anak cucu anda yang mengandung tidak mengidam untuk mendapatkan masakan ‘Belalang Sawah Masak Pindang’. Tiada lagi kawasan sawah padi yang menjadi tempat kediaman belalang suatu ketika dahulu di kampung-kampung yang saya nyatakan di awal catatan ini. Masakan ini tidak akan diperolehi lagi di alaf ini!
Hatta, samada mereka yang masih atau mantan Menteri, Duta, YB, Ketua Pengarah, Doktor Pakar, Akauntan Bertauliah, Jurutera, CEO, Sastrawan….. Mentelahan guru biasa, ketua kerani, buruh PBT atau mereka yang mengabdikan diri di kampung sepanjang hidup mereka pun mungkin telah ‘ingat-ingat lupa’ masakan itu.             
  

13 ulasan:

  1. Alangkah eloknya kalau ada gambar belalang itu. Exotic bunyi nama masakan itu

    BalasPadam
  2. IM pernah makan udang panggang masa kecil dulu...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Sdr Al-Manar,

    Suatu ketika dahulu spesis belalang ini banyak terdapat di sawah padi.Bagaimanapun,disebabkan tiada lagi kawasan sawah padi yang diusahakan,spesis belalang yang dimaksudkan mungkin telah berhijrah ke lain lokasi.

    BalasPadam
  5. Sdr IM,

    Udang bakar boleh lagi didapati.Bagaimanapun,masakan belalang ditempatkan saya telah menjadi sejarah.

    BalasPadam
  6. ujang Kutik ,

    Saya biasa gak dulu dengar yang belalang ada orang memakan nye..

    Namun tak pernah pulak saya teringin nak mencuba nye..

    Sedap ye..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrasca,

      Sedapp....pp.Tetapi kalau teringin pun tidak mungkin tuan akan mendapatnya.Pencari belalang berhijrah ke Ampang.

      Padam
  7. salam ujang kutik... saya anis, pelajar kolej universiti islam antarabangsa selangor (kuis)...saya berminat untuk mengetahui tentang pencari belalang nie. boleh encik, bagi no.telefon untuk saya hubungi encik...

    BalasPadam
  8. Anis,

    Waalaikomsalam.

    Terima kasih kerana membaca 'entry' lama saya.

    Cerita yang saya paparkan tidak akan berlaku lagi kerana telah menjadi sejarah dan nostalgia. Aktiviti tersebut dilakukan oleh penduduk kampung saya , Kg. Chengkau Ulu, Rembau, N.Sembilan di sekitar tahun 60-an dan 70-an. (Governor Melaka ke-2, Tun Hj.Abd. Malik dan Dato' Chef Ismail adalah di antara tokoh terkenal negara yang berasal dari Kg.Chengkau Ulu).

    Penduduk kampung saya sekarang tidak mengerjakan sawah padi lagi. Kawasan sawah menjadi kawasan terbiar yang tidak diusahakan.

    Jika sudi, silalah baca entry terbaru saya mengenai kisah benar ' Seorang gadis IPTA dan pemuda naif (graduan KUIS).

    Terima kasih.

    BalasPadam
  9. ponah makan maren..itu pun mak long biyah yang bagi..kompom abang konalkan..omak abg aman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr/i Tanpa Nama @ Oghang kampung Ese,

      Assalamualaikom.

      Umur berapa tahun? Kalau 25 tahun ke bawah kompom tidak jumpo belalang pindang buah bacang.

      Lagi satu binjai jeghuk. Arwah Uwan Se ada setempayan jeghuk binjai.

      Dulu-dulu caghi belalang (lepeh menuai) mulai sawah Uwan se sampai ke Pancur. Masanya lepeh hujan dan malam hari. Kok mandi kobau kek pigi kawan-kawan sekolah golakkan kerana muka berjelago.

      T.kasih kerana menjeguk blog ujang kutik. Kirim salam dengan oghang kampung yang masih ingatkan Se....

      Padam
  10. waalaikumsalam abg ujang,

    ese generasi bawah bonar lagi, malam tadi ado tanyo omak pasal abg ese sobut yo konal tak ujang kutik, dio koba apo pulak tak konal eh, anak mak long ko tu.

    ni email ese: gn2_black@yahoo.co.uk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya simpan email ini dalam desktop.....apa-apa senang contact.

      Agak-agaknya siapolah nama emak tu..........kek mano ghumah ee......

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."