Isnin, 24 September 2012

ANAK SENI DARI TERENGGANU KITA



Saya, isteri,  anak lelaki No.2 dan si puteri bongsu sampai agak lewat di majlis walimatul urus sepupu arwah ibu di rumah beliau di Gombak, Selangor. Ini adalah majlis sempena perkahwinan anak bongsu (lelaki) beliau. Kami sampai jam 3.00 petang dan disambut oleh sepupu arwah ibu dan isterinya.  Bagaimanapun, ketika itu tetamu masih ramai lagi.
Mungkin kerana berjalan jauh dari Rembau, Negeri Sembilan saya makan dengan berselera sekali. Saya perhatikan isteri dan anak-anak makan seperti biasa sahaja. Pada saya lauk pauk yang dihidangkan terutamanya rendang daging masakan Minang dan daging masak kawah dengan rebung madu memenuhi cita rasa selera saya.
Saya juga terhibur dengan persembahan secara ‘live’ oleh kumpulan anak seni yang nampak ‘rugged’ yang dibawa khas dari Negeri Terengganu oleh adik ipar sepupu arwah ibu saya. Kumpulan yang memainkan alat muzik secara minima itu , yaani gitar kapuk, gendang dan percussion menyampaikan lagu-lagu berunsurkan keagamaan dengan melodi vokal berpadu suara yang sedap didengar . Saya tidak tahu ‘genre’ muzik yang dibawa oleh kumpulan itu. Hendak dikatakan genre muzik acapella, tidak juga kerana genre muzik acapella tidak menggunakan sebarang instrumens alat muzik. Yang jelas, ianya bukan genre nasyid kontemporari seperti kumpulan nasyid Raihan atau nasyid pop oleh bekas kumpulan muzik rock yang beralih lapangan dengan cuma bertukar kostum dan keterampilan sahaja.
Sebagai orang dewasa yang sudah 'tua', saya  tidak menunjukkan sangat perasaan seronok dan teruja mendengar lagu-lagu yang didendangkan. Cuma,‘mimik muka 'keep macho' dan kelihatan bersahaja tetapi kaki bergoyang-goyang’. Ya, muzik yang disampaikan ada mesej dakwah – keagamaan!

Hiburan alternatif di majlis perkahwinan seperti ini jauh lebih baik dari ‘trend’ berkaraoke yang menjadi kegilaan di majlis-majlis perkahwinan di sebelah sini sejak 3-4 tahun kebelakangan ini. Saya masih ingat betapa tidak selesanya saya dan jiran-jiran melihat gelagat orang-orang tua dari Singapura, lelaki dan perempuan,  menyanyi karaoke di majlis perkahwinan saudara mereka yang juga adalah jiran kami 3-4 tahun yang lalu. Bagaimanapun, pada hari ini samada kita mahu atau sebaliknya, kita terpaksa menerima hakikat bahawa kegilaan tersebut adalah sebahagian dari budaya kita.

Hiburan alternatif dari Terengganu ini ada unsur dakwah disamping berhibur. Sedemikian, ‘siapa pun anda’, syabas anak-anak seni berbakat dari ’Terengganu kite’. Anda hebat!

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    yes...teganu kite..

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Ya, 'siapa pun mereka'.T.Kasih.

    BalasPadam
  3. Boleh sy tahu nama kumpulan anak seni dari terengganu tu?
    Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IBnu aRiFin,

      Maaf, saya tidak tahu nama kumpulan itu. Kumpulan itu dibawa oleh suami saudara saya yang berasal dari Terengganu. Kumpulan itu dikatakan bekas penagih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."