Ahad, 30 September 2012

TETAMU LAGI

BARANGKALI, ada di antara pembaca blog ini bosan dengan catatan mengenai kucing yang dipaparkan silih berganti. Tidak mengapa. Itu hak saudara/saudari. Mungkin, apabila mengaitkan kucing, kita sesungguhnya berada di planet yang berlainan.
Saya sekeluarga obses kucing. Ya. Benar. Namun demikian, obses kami tidak ke mana apabila dibandingkan dengan obses 'En. Jamil Kucing' dari Pandan Indah yang terkenal di Bukit Bintang itu. Begitu juga tidak seekstrim seorang gadis manis yang ceritanya disiarkan dalam slot 'Obsesi' di TV9 baru-baru ini. Mereka mendambakan sebahagian besar kehidupan kepada sejumlah kucing terbiar yang dikutip di jalan-jalan dan lorong-lorong! Mereka masih belum berkeluarga! 
Justeru itu, anggaplah catatan kali ini sebagai catatan dalam diari peribadi kami sekeluarga:
Al-kisah, hamba Allah ini lalu-lalang di pintu pagar rumah kami sejak pagi semalam. Kami tidak menghiraukannya. Namun demikian, di awal pagi hamba Allah yang tidak diketahui asal usulnya ini telah sedia ada di depan pintu rumah pula. Kami menghalaunya keluar pagar tetapi menyediakan sedikit makanan. 
Kami rimas. Setiap kali pintu rumah dibuka, hamba Allah ini akan mencuba masuk ke dalam rumah. Kami keluarkannya semula.
Hamba Allah ini tidak pernah mengenal erti putus asa. Hamba Allah ini akan terus mencuba masuk ke dalam rumah. 




Akhirnya, hamba Allah ini terpaksa menerima hakikat. Keupayaan kudrat sekuat mana pun ada hadnya. Sementelahan 'dia' masih kecil lagi. Hamba Allah ini keletihan. Lalu, hamba Allah ini tertidur di hadapan pintu rumah kami. Terlihatkah? 

2 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    Ahli keluarga saya juga obses kucing.
    Kucing2 kat rumah kami ni semua nye dah berkarektor.

    Makan dah memilih. Kadang saya terpaksa bersaing berebut kasih kasih sayang dari ahli keluarga sindri..hehe

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Hakikatnya saya & keluarga tidak sanggup hendak melihat entry ini. Anak kucing ini mati selang 2 hari dalam jagaan kami. Semasa dia datang keadaan tubuhnya sangat lemah. Kami bawa ke klinik.

    Anak kucing ini mati di atas riba saya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."