Sabtu, 29 Disember 2012

URESS


Saya 'update' foto ini selepas 2 hari catatan dikeluarkan
(Saya terjumpa gambar ini & gambar di bawah dlm library picasa camera)
 
Ketika balik ke kampung minggu lepas, seawal 8.00 pagi saya telah berada di Pekan Rembau. Beli dua jenis surat khabar di kedai runcit Mamak berhampiran Masjid Jamek Pekan Rembau. Sarapan pagi di warung berhadapan dengan bekas perhentian bas/teksi Pekan Rembau yang kini  sedang dibangunkan bangunan bertingkat . Membaca surat khabar . Sesekali saya terperasan ada pelanggan yang masuk ke dalam warung memandang sinis kerana mungkin ada di antara surat khabar yang saya baca agak ‘pelik’ atau asing bagi mereka.  

JALAN URESS - (Jalan Kenangan)
 
Ketika ‘lepak’ di dalam warung yang agak ramai juga pelanggannya, saya mengharapkan agar dipertemukan semula dengan bekas-bekas rakan sekolah ketika di URESS (Undang Rembau English Secondary School) berpuluh-puluh tahun dahulu. Walaupun ada di antara rakan-rakan tersebut yang saya telah lupa nama mereka, Insya Allah, jika berjumpa saya akan kenal. Hatta, jika ada di antara mereka telah penuh uban di kepala (seperti saya), telah buncit perut, jalan bertongkat, bercermin mata tebal sekalipun, saya boleh mengenali mereka.

Misalnya, diandaikan saya berjumpa semula dengan ‘monitor’ kami ketika Form One, MAZLAN SHARIFF dari Kg. Batu yang lebih dikenali dengan nama glamour beliau ‘LAN BUNGKO’, saya masih dapat mengecam. Saya juga pasti kami masih boleh bergurau seperti berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Begitu juga seorang kawan lagi, Dr Mohd Fuad bin Hj.Abu dari Pekan Chengkau. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau sejak tamat sekolah di URESS. Beliau pernah menghubungi saya kira-kira tiga tahun yang lalu. Melalui perbualan melalui telefon yang agak panjang itu, saya rasakan tidak ada langsung jurang personaliti dan cara bercakap. Saya rasakan bunyi suara beliau masih seperti zaman belasan tahun dahulu. Adakah suara tidak turut tua seiring dengan jisim fizikal? Kalau berjumpa semula, Inaya Allah, saya kenal – kulit putih, rambut lurus (mungkin sekarang ada sedikit/banyak uban) dan agak kacak.

Bagaimanapun, sepanjang saya berada di warung itu, tiada seorang pun bekas rakan sekolah datang ke situ. Begitu juga semasa membeli surat khabar di kedai runcit mamak dan ketika di pasar. Saya tidak menemui walaupun seorang bekas rakan sekolah!

Adakah saya seorang sahaja yang selalu balik menjenguk daerah asal usul? Atau,  sayakah bekas pelajar URESS se ‘Class’ terakhir?          

 

Ampang,
29/12/2012
8.43 pagi

4 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    Mereka yang relatif nye berusia lanjut sering mahu mengembalikan momen2 lampau yang mengesahkan mereka juga '' pernah berada di situ ''...

    ahhahahaha...saya pun..mereka juga begitu..

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Tiada yang tidak benar akan kata-kata saudara itu.

    Kita lebih bersemangat mengimbau hari-hari semalam.

    BalasPadam
  3. X salah klu sya btya adakah sama bacth ngan bapa saya tahun 56

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Cik tahun 55. Mungkin juga sama class jika dia dari English Primary School ( Darjah 1-6).

      Dahulu jika dari sekolah rendah kebangsaan (sekolah Melayu) hendak sambung ke aliran English (URESS) masuk remove class dahulu setahun. Lepas itu baru masuk Form One. Kalau dari aliran English terus Form One.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."