Sabtu, 2 Mac 2013

dakwah



Biasanya, khalayaklah yang mencari ustaz dan bukan sebaliknya.


Sekalipun ada di antaranya (khalayak) tidak berpakaian menutup aurat dalam kehidupan seharian, mereka akan sedaya upaya mencari tudung apabila hendak menghadiri sesuatu majlis keagamaan - Ceramah Perdana, Maulidul Rasul, Solat Tarawikh dan sebagainya. Tidak kiralah samada tudung yang dipakai itu menampak ‘remus’ (rambut) masing-masing. Sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk memakai tudung apabila berhadapan dengan ustaz.


Namun, mungkin ada di antara pembaca yang menyedari bahawa kebelakangan ini ada sedikt anjakkkan kaedah berdakwah yang dapat disaksikan di peti television. Rancangan-rancangan itu menunjukkan pendakwah ‘menerjah’ ke dalam kelompok/kalangan yang hendak disampaikan dakwah.


Saya berpeluang menyaksikan seorang pendakwah menjadi tetamu undangan dalam sebuah rancangan lawak jenaka yang dihoskan oleh pelawak terkenal. Selain itu, saya juga pernah menyaksikan pendakwah yang sama, seorang hafiz, menjayakan sebuah rancangan bersiri yang dihoskan oleh beberapa orang artis wanita berumur yang masih jelita. Seorang sahaja daripada artis tersebut bertudung.


Di atas nawaitu ingin berdakwah dalam rancangan-rancangan yang didefinasikan sebagai ‘lagha’ dan berhadapan dengan golongan artis yang mengekalkan perilaku yang sinonim dengan dunia artis, yaani lawak merapu dan ketawa terbahak-bahak, hos artis wanita tidak menutup aurat dan berpakaian seksi, pendakwah  itu dilihat berusaha ‘menyesuaikan’ diri.  


Isu yang dibincangkan dalam rancangan yang dihoskan oleh beberapa orang artis wanita itu ialah mengenai kisah cinta dua orang artis. Pasangan artis itu turut hadir menjayakan rancangan itu. Pendakwah lelaki itu dikerumuni oleh artis-artis wanita!


Saya tidak bercadang membincangkan wajar atau sebaliknya seorang pendakwah terlibat dalam rancangan television yang bersifat ‘Hu-Ha’. Apa yang ingin saya sampaikan ialah, kaedah berdakwah secara ‘ Pendakwah Menerjah’ golongan yang hendak didakwahkan adalah satu pendekatan baru dalam kaedah berdakwah. Kebiasaannya, pendakwah menunggu golongan yang hendakkan ilmu agama dalam majlis-majlis formal atau kuliah-kuliah di masjid/surau.
 
Kaedah berdakwah sebegini umpama putaran jarum jam secara ‘anti clockwise’. Kalau selama ini golongan yang rajin memanjat tangga masjid/surau sahaja yang dapat menambah ilmu agama, kaedah ini diharapkan akan memberi manfaat kepada golongan yang tidak ‘berapa hendak’ ke masjid/surau - tempat pelacuran, kelab malam, sarang dadah, tempat bermain judi, lokasi memadu kasih (taman bunga, tepi pantai..),tempat orang dilekakan bermain dam, tempat orang diasyikkan memancing, kedai mamak, jammed station, tempat golongan warga emas berkaraoke, kelompok mat rempit, masyarakat Orang Asli, 'port' pemandu teksi dan lain-lain.

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Semuga Allah swt memberi hidayah serta memimpin kita semua ke jalan yang lurus dengan keredhaanNYA.

    Amin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Benar, padri dan tokoh-tokoh bukan Islam pun akan mengucap dua kalimah syahadah apabila mendapat hidayah.

      Padam
  2. Jangan lupa, Hassan Al Banna juga berdakwah di kedai kopi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Benar, saya cuma menulis mengenai dakwah tetapi saudara telah melibatkan diri dengan dakwah. Teruskan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."