Sabtu, 27 April 2013

KERANA SEGELAS AIR SUAM

Selama ini saya tidak ambil tahu sangat tentang harga makanan di warung belakang pejabat. Saya peramati rakan-rakan sekerja pun bersikap demikian. Makan dan bayar.

Secara kebetulan, 3-4 hari sebelum ini saya makan Mee Bandung Muar di warung tersebut. Kebetulan juga saya memesan air suam, sesuatu yang jarang saya lakukan.

Ketika membuat bayaran kepada tuan punya warung yang saya telah kenal lama dan begitu mesra dengannya, saya dikenakan bayaran RM5.80 - Mee Bandung Muar (RM5.50) dan Air Suam (30 sen).

Saya tidak rasakan sangat RM5.50 itu mahal. Yang saya kesalkan sangat ialah bayaran sebanyak 30 sen untuk segelas air suam di sebuah warung tepi jalan! 

Secara diam, saya mula mengabaikan warung itu..........merajuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."