Khamis, 18 April 2013

PRU 13 : TIGA KOMBINASI ANGKA - 222,112 & 148


Saya menggelengkan kepala apabila mendengar ada orang sanggup mengambil nombor ekor berpandukan nombor tag di pergelangan tangan salah seorang saudara maranya yang meninggal dunia di hospital. Hendak dijadikan cerita, taruhan nombor tersebut mengena dan dia berjaya mendapat sejumlah wang yang agak banyak.

Jelas, ada segolongan orang sanggup berbuat apa sahaja dengan angka. Begitulah hebatnya kuasa angka!

Begitulah juga keadaannya yang berlaku pada PRU 13 ini. Semua orang memburu angka – pemimpin, calun yang bertanding, pengundi dan SPR.

Pihak SPR akan memburu calun yang tidak mampu mendapat angka (undi ) minima yang ditetapkan. Wang deposit mereka (calun) akan hangus. Pihak SPR juga akan mengangkat calun yang mendapat angka (undi) tertinggi di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN untuk diisytiharkan sebagai pemenang. Pemenang akan bergelar YB.

Ada tiga kombinasi angka yang sangat istimewa dalam PRU 13 dan juga beberapa pilihanraya sebelumnya. Angka-angka tersebut di peringkat Dewan Rakyat (Parlimen) ialah: 222,112 dan 148. Walaupun angka-angka tersebut istimewa, angka-angka itu juga yang membuatkan sebilangan manusia di negara ini ‘tidak tenteram’. Senario sehari dua  selepas pengumuman senarai calun yang dibuat oleh parti-parti yang akan bertanding menunjukkan pengaruh dan aura kombinasi tiga angka keramat itu membuatkan ada orang gembira, sugul, merajuk, mengugut, mengamuk dan berdemontrasi.

Kebanyakkan dari kita telah sedia mengetahui ‘kekuasaan’ atau aura tiga angka tersebut. Angka 222 : Jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan. Angka 112 : Kemenangan dengan majoriti mudah. Angka 148 : Kemenangan dengan majoriti dua pertiga yang diburu oleh parti-parti yang bertanding.

Selain dari angka 222 (jumlah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat), terdapat juga 70 orang senator di Dewan Negara. Dari jumlah itu ( 70 orang senator); 26 orang adalah yang dipilih melalui pengundian di peringkat Dewan Undangan Negeri dan selebihnya, 44 orang senator, dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sebarang pindaan perlembagaan persekutuan hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli  Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara serta perkenan Majlis Raja-Raja.

Itulah sahaja serba sedikit yang saya ketahui. Saya yakin dengan maklumat yang seadanya ini saya boleh bersembang dengan orang lain dan juga tidak dikelentong oleh ‘ahli politik jadian’ yang berkeliaran mencari mangsa pada PRU 13 ini.

Semoga catatan ini juga dapat membantu pembaca yang masih samar-samar dengan angka ‘keramat’ 222, 112 , 148 serta 70, 26 dan 44 dalam suasana PRU 13 yang telah mula dirasakan kemeriahannya sekarang.  

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Kehidupan manusia tidak dapat lari daripada angka. Justeru, bukan manusia sahaja memburu angka akan tetapi angka itu juga memburu manusia. Memburu angka hari kematian. Ramai manusia gemar kepada angka. Asal sahaja kegemaran kepada angka itu tidak membawa ke kerosakan aqidah.

    'Allah itu ganjil dan Allah sukakan yang ganjil" Hadis Riwayat AlBukhari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Benar, angka memburu manusia - mati.

      Bagaimanapun, saya masih keliru. Dalam bab mati, kitakah yang memburu angka (usia) atau angka (mati) yang memburu manusia?

      Kerana, manusia tidak lagi mengindahkan usia (angka) yang telah lalu tetapi mengejar masa hadapan yang belum tentu.

      Mana-mana pun, beringatlah kerana mati itu benar.

      Padam
  2. ujang kutik,

    hahaha...

    Angka paling istimewa buat saya ia lah 1.

    tagline: bukan senang nak senang bukan susah nak susah..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Saya mengambil masa memikirkan ulasan tuan yang rengkas @ absurd.

      Mungkin apa yang saya maksudkan ' 1 (satu) ' bertepatan dengan yang tuan maksudkan dan mungkin juga tidak.

      Biarlah ianya menjadi rahsia kita kerana ' Undi Kita Rahsia'.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."