Selasa, 28 Mei 2013

ROTI CANAI KOSONG TIDAK DIJUAL DI MASJID TANAH SEMASA MUSIM PERAYAAN

SUNGAI BARU (MENGALIR DI TENGAH PEKAN MASJID TANAH,MELAKA)
Sekarang bulan Rejab. Tidak sampai 3 bulan lagi kita akan menyambut bulan Syawal.

Saya menyenangi hampir segala-galanya yang dikaitkan dengan Masjid Tanah - rumah yang cantik dan bersih, ramai anak-anak Masjid Tanah 'menjadi orang' dan menjawat jawatan penting di dalam perkhidmatan awam dan swasta  dan lain-lain lagi. Isteri saya adalah orang Masjid Tanah. 

Bagaimanapun, ada satu perkara yang saya tidak suka di Masjid Tanah semasa menyambut musim perayaan - "Segelintir Peniaga Roti Canai Yang Tamak". Saya yakin anak-anak Masjid Tanah tahu perkara ini.

Roti canai biasa @ kosong tidak dijual di Masjid Tanah semasa musim perayaan. Yang ada hanya roti canai telur atau roti canai sardin.Itulah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh peniaga roti canai Masjid Tanah semasa musim perayaan dalam usaha mengaut keuntungan maksima dengan cara memaksa dan mendera pelanggan.

Sungguhpun sejak 1-2 tahun kebelakangan ini keadaannya tidak lagi berlaku secara berleluasa, masih ada lagi segelintir peniaga tamak yang tidak menerima pesanan roti canai kosong semasa musim perayaan. Merekalah, peniaga tamak yang sedikit menghodohkan Masjid Tanah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."