Khamis, 20 Jun 2013

BAHAU : ROTI CANAI KARI KAMBING

SYUKUR. PERNIAGAAN ROTI CANAI BELIAU MAJU JAYA
Masuk hari ke-3 di Bahau, saya dapat menyesuaikan diri dengan bandar ini.

Tiap-tiap hari saya dan rakan-rakan bersarapan pagi di kedai roti canai yang terletak di Jalan Shah Bandar. Menu paling diperkatakan seantero Bahau dan wajib juga diketahui oleh pengunjung dari luar ialah Roti Canai Kari Daging Kambing. 

Saya telah mencubanya beberapa kali. Sememangnya enak. 

Untuk makan tengah hari pula, kami makan di medan selera yang terletak di tebing Sungai Jempol dan berhampiran dengan 'Jambatan Bosi Batu Kikir' (lirik dalam lagu Apo Kono Eh Jang) yang yang telah dinaik taraf kepada jambatan konkrit di Pekan Batu Kikir. Kedai makan yang menjadi tumpuan saya dan rakan-rakan ialah yang berhampiran dengan tebing Sungai Jempol yang airnya keroh. Banyak juga lauk pauk yang terdapat di kedai makan itu. Bagaimanapun, yang menarik perhatian dan pilihan saya dan rakan-rakan tiap-tiap hari ialah ' Masak Lomak Cili Api Ikan Sembilang (keli) Salai.

Orang Negeri Sembilan yang dihidangkan dengan masakan 'Masak Lomak Cili Api' bagi saya umpama belut balik ke lumpur atau orang mengantuk disorongkan bantal atau burung pipit jatuh dalam kepuk. Betulkah atau tepatkah perumpamaan itu?    

ULASAN:

1. Kedai roti canai kari daging kambing di Jalan Shah Bandar, Bahau menjadi tumpuan pelanggan. Sangat maju. Sebaliknya, jiran peniaga itu yang juga berniaga roti canai hendak mendapatkan seorang dua pelanggan pun susah. Kasihan.

2. Jiran peniaga kedai makan yang menyediakan masak lomak cili api ikan sembilang salai di Batu Kikir juga berniaga makanan nasi campur. Jiran peniaga itu cuma mampu memerhati hiruk pikuk pelanggan yang datang makan tengah hari di kedai sebelahnya yang sangat maju. Ada kesedihan dan rasa tertekan di kerling wajahnya. Kasihan.

Bayangkan jika kita yang menjadi 'peniaga malang' itu;
a) Tertekan?
b) Memperbaiki kelemahan diri?
c) Cari bomoh pelaris?
d) Buka busines makanan lain?
d) Tutup kedai?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."