Rabu, 5 Jun 2013

GERIK, PERAK

SUASANA PAGI DI BANDAR GERIK
Bandar Gerik adalah pusat pentadbiran Daerah Gerik. Bandar lama ini juga adalah pintu pertama selepas Lenggong sebelum masuk ke wilayah selatan Thailand. Pintu masuk kedua yang betul-betul bersempadan dengan selatan Thailand ialah pekan kecil Perak Hulu. 

Bandar Gerik yang jaraknya lebih kurang 100 kilometer dari Kuala Kangsar dan Daerah Gerik keseluruhannya ada mitos yang pernah menghantui penduduk tempatan dan pengunjungnya. Mitos tersebut ialah kononnya dikatakan bahawa amalan menggunakan santau sangat berleluasa di sini suatu ketika dahulu. Tidaklah diketahui kesahihan dakwaan dari mulut ke 


FOTO BELIA ORANG ASAL GERIK (DIRAKAM DARI LOKASI YANG AGAK JAUH)
mulut, dari generasi ke generasi atau dari satu dekad ke dekad seterusnya yang masih mengesankan di kalangan segelintir anggota masyarakat terutamanya pengunjung dari luar. Pengunjung dari luar selalu diingatkan agar berhati-hati ketika makan di bandar ini. Sesungguhnya ini adalah satu stigma yang mungkin mengambil masa untuk disingkirkan. Bagaimapun, senario semasa menunjukkan 'mitos' tersebut semakin dilupakan oleh generasi muda hari ini.

Bandar Gerik mempunyai banyak hotel. Ini mungkin adalah di antara sebab mengapa harga tempat menginap di bandar ini jauh lebih murah berbanding dengan bandar-bandar lain.
SEKITAR 7.30 PAGI, KEDAI BELUM DIBUKA (ANTIK & NOSTALGIK)
DI DALAM KEDAI MAKAN JAM 8.00 PAGI (KEDAI BARU DIBUKA)
TIPIKAL GERIK
Selain dari beberapa baris rumah kedai yang baru dibina 1-2 tahun lalu, Bandar Gerik masih
SUATU SISI PEMANDANGAN 
tidak banyak perubahan setelah sekian lama. Bandar ini adalah sebuah bandar lama yang antik yang cuma mampu memerhati pengembara ulang-alik dengan berbagai tujuan ke 'sempadan', Betong, Thailand.


 




  PERINTIS 'GERIK BARU'
NASI LEMAK AYAM GODAM-SAMBALNYA DI DALAM MANGKUK ALUMINIUM 


TIPS KEPADA ISTERI KETIKA SUAMI 'OUTSTATION' KE GRIK/KAWASAN SEKITAR KERANA DIKHUATIRI BELIAU MUNGKIN SECARA TIDAK SENGAJA MELANGKAH KAKI KE SEMPADAN TANPA PENGETAHUAN/IZIN ANDA:

1. SEMAK,PANTAU ATAU AMBIL & SIMPAN PAS LAWATAN KE LUAR NEGARA SUAMI ANDA.
2. BERWASPADA JIKA PANGGILAN TELEFON ANDA KEPADA SUAMI TIADA NADA DERING.
3. NAMUN, ANDA MENGETAHUI SIAPA SUAMI ANDA. ANDA AKAN MEMPERCAYAINYA  
    WALAU KEMANA PUN BELIAU MENJEJAKKAN KAKI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."