Rabu, 26 Jun 2013

KUCING : Rezeki

Dengan mudahnya saya mungkin akan dituduh menunjuk-nunjuk, riak, masuk bakul angkat sendiri......Terpulanglah.

Seawal pagi ketika hendak bertolak ke tempat kerja saya ada tetamu. Yang menghairankan, tetamu itu tidak ada di pintu rumah pada sekitar jam 5.30- 6.30 pagi. Tetamu itu cuma ada di luar pintu rumah ketika saya hendak ke tempat kerja di sekitar 7.30-7.45 pagi. Saya tidak pasti bilakah waktu sebenar tetamu itu datang bertamu di luar pintu rumah saya.

Tetamu-tetamu itu adalah dua ekor kucing; seekor berwarna orange dan seekor lagi putih bertompok hitam. Si Orange - mata sebelah kanannya berair, kurus. Si Putih Bertompok Hitam - ada sedikit kurap di telinga dan tersangat kurus. 

Saya tidak pasti samada kucing-kucing itu ada tuannya atau pun kucing jalanan.

Kucing-kucing itu datang untuk meminta sedikit makanan. Itu sahaja. Selepas makan, kedua-duanya pergi dengan tidak mengucapkan 'terima kasih' dalam bahasa manusia tetapi dalam bahasa haiwan. 

Dengan bahasa haiwanlah kedua-dua haiwan itu mengenal pasti dengan yakin rumah yang boleh dapat makanan dan rumah yang mengusir dan tidak mengalu-ngalukan kedatangan haiwan jalanan yang berbau busuk.

Sesungguhnya, bukan hamba yang memberi rezeki kepada hamba yang lain. Yang memberi rezeki ialah Allah. Apalah yang hendak diriakkan atau masuk bakul angkat sendiri dengan hakikat ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."