Jumaat, 7 Jun 2013

SEORANG ' PESARA '

Ketika dalam perjalanan balik ke Ibu Kota saya dan rakan sekerja singgah makan tengah hari di Restoran Tasik Raban, yang letaknya kira-kira 40 kilometer sebelum Kuala Kangsar. Restoran Tasik Raban adalah sebuah restoran 'wajib singgah' oleh 'pengembara' samada yang balik dari melawat ' sempadan', pengembara dari Kelantan atau mereka yang ada urusan di Daerah Grik dan sekitarnya.

Di waktu puncak, restoran yang menyediakan makanan tengah hari ini, termasuk ikan sungai bakar dan berpuluh-puluh jenis lauk pauk lagi, dikunjungi oleh ratusan pelanggan dari berbagai status ekonomi. Kita dapat mengagak siapakah mereka dengan melihat jenis kereta yang digunakan - Mercedes, BMW, Honda, Toyota, Proton BLM, Mivi,Kancil lama,........


Di meja hadapan kami duduk sepasang warga emas yang kelihatan agak tua.  Saya mengagak yang lelakinya di usia hampir-hampir 80 tahun. Seorang lelaki lain, mungkin ahli keluarga mereka turut makan bersama . Mereka makan tengah hari dengan berselera sekali berlaukkan seekor ikan sungai bakar dan dua-tiga jenis lauk lain. Sambil makan, 'lelaki tua itu' sekali sekala melayan-bual seorang pelanggan lain di sebelahnya yang kelihatan terlalu peramah.

Saya melihat dengan sedikit 'cemburu' kerana pasangan di usia sedemikian masih menyerlahkan ciri-ciri 'loving couple'. Si Suami mengambil lauk dan memberi dengan tertib kepada Si Isteri. Si Isteri mengucapkan terima kasih.

Saya dan kawan mengagak bahawa lelaki tua itu adalah seorang pesara kerajaan - mungkin pesara guru, mungkin pesara ketua kerani, atau mungkin pesara pegawai biasa. Tidak lebih dari itu.


Usai makan, kami beredar dan kawan saya 'memaip' (dia hisap paip) di kawasan letak kereta. Niat kawan saya hendak menegur lelaki itu dan bertanya serbi sedikit mengenai latar belakangnya tidak terjadi.

Seketika selepas itu, kami lihat lelaki tua itu, pasangannya dan seorang lelaki yang kami sangka saudara terdekat mereka keluar dari restoran menuju ke kereta. Sesampai di kereta, lelaki yang bersama mereka membuka pintu belakang. Pasangan itu masuk dan duduk. Kereta berwarna kuning emas itu meninggalkan Restoran Tasik Raban. Jenama kereta 'orang tua' itu bukan sebarangan - JAGUAR!

Kawan saya yang turut terpukau dengan segmen tersebut merasa beruntung kerana tidak jadi menegur dan mengajak 'orang tua' itu bersembang. Seperti keretanya, 'orang tua' itu bukan sebarangan orang tua.  

Sahih, 'orang tua' itu bukan pesara kerajaan Jusa B ke bawah. Kalau bukan, siapakah beliau? Pesara Hakim Besar? Pemilik firma guaman? Pemilik firma arkitektur? Pemaju perumahan? Pemilik syarikat pembalakan? Atau kerabat diraja?

4 ulasan:

  1. IM selalu singgah kat satu lagi Restoran Tasik Raban yakni di belakang Stadium Perak setiap kali balik kampong di Ipoh.

    Pastinya menu paling IM suka ialah sambal tempoyak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Mungkin tempat yang saudara nyatakan itu saya pernah pergi tetapi saya tidak pasti samada cawangan Restoran Tasik Raban,

      Saya juga ambil sambal tempoyak (warna putih).

      Padam
  2. ujang kutik,

    Betul lah perumpamaan orang putih...

    Never to judge a book merely by its cover..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Daun halban dibelek-belek
      Batangnya pula dibuat pagar
      Memang tuan bijak menelek
      Ilmu apa yang tuan ajar

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."