Jumaat, 12 Julai 2013

AWAS WAHAI PENIAGA MAKANAN MELAYU KELANTAN, 'TENTERA' MAMAK SUDAH DATANG


Dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, saya dan rakan-rakan bersetuju untuk berhenti dan berbuka puasa di Gua Musang, Kelantan. Lokasi  - samada di R & R Gua Musang yang baharu beroperasi atau di medan selera berhampiran Stesen Pam Minyak Petronas Gua Musang.

Bagaimanapun, skripnya bertukar 360 darjah ketika sampai di Gua Musang. Mungkin kerana telah hampir seminggu tidak ziarah restoran mamak kerana restoran mamak hampir tiada di pantai timur, kami terus singgah di salah sebuah restoran mamak di Gua Musang setelah melihat restoran tersebut sekilas pandang.

Saya dan rakan-rakan berbuka puasa di restoran mamak pada hari kedua Ramadhan. Selain kami, agak ramai juga pelanggan lain yang singgah berbuka puasa. 

Saya percaya restoran mamak ini yang beroperasi 24 jam dan kedudukkannya yang strategik pula akan dengan mudahnya mendapat tempat di hati pengunjung yang membesar dengan restoran mamak dari Kuala Lumpur yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kota Bharu atau pengunjung dari Kota Bharu - Kuala Lumpur. 

Hakikatnya, sangat susah hendak mencari restoran mamak di Negeri Kelantan atau Terengganu. Ini mungkin kerana kedua-dua negeri Melayu itu ada aset 'fixed deposit, iaitu beranika jenis makanan tempatan yang tidak mampu disaingi oleh peniaga makanan mamak setakat ini.  

Bagaimanapun, peniaga makanan Melayu di pantai timur, terutama Kelantan perlu bersedia akan  'serangan' dari peniaga restoran mamak yang sangat gagah, cekap dan mahir. Mereka telah mula memasuki Kelantan dari arah selatan, iaitu Gua Musang.

Peniaga makanan pantai timur khususnya Kelantan jangan yakin sangat dengan mitos bahawa makanan tempatan pantai timur akan terus kekal menjadi pilihan rakyat pantai timur/pengunjung dari luar. Anda jangan lupa bahawa pengasas KFC mampu mengubah habit penduduk dunia kepada budaya meratah daging ayam goreng.

Dengan kelengkapan 'perang' yang lengkap dan canggih - (perkhidmatan yang pantas, restoran yang cantik dan kondusif, TV layar lebar, pelayan restoran yang tidak pernah berkecil hati apabila dimarahi, makanan yang sedap dan masa beroperarsi 24 jam), restoran mamak dengan mudahnya boleh 'meratah' sebilangan peniaga makanan Melayu Kelantan yang pada umumnya berniaga di warung-warung yang sangat terhad kemudahan dan kelengkapannya.

Kepada Orang Kelantan, khususnya peniaga makanan Melayu Kelantan, " Awas, 'tentera' Mamak sudah bertapak di selatan negeri anda!

6 ulasan:

  1. Layanan direstoran mamak sangat cepat. Makanan nya sesuai dimakan tak kira masa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Tepat sekali. Pelanggan asalah ' raja '.

      Padam
  2. Mamak hanya menang dari segi layanan dan kecepatan ..

    Dari segi rasa, kualiti makanan dan harga, memang masih kalah dengan peniaga Melayu Kelantan ...

    Lagipun lidah orang Kelate lebih ada citarasa tersendiri yang memang bertentangan dengan citarasa Mamak. Orang Kelate kurang menggunakan rempah dalam masakan. Lebih banyak "manis" dan masakan bersup seperti tomyam, singgang, sup = yang Mamak biasanya tak reti buat.

    BalasPadam
  3. Sdr Tanpa Nama Yang Dikasihi,

    Terima kasih kerana berkongsi pandangan. Mungkin juga sdr/i anak Kelantan.

    Negeri Kelantan adalah juga negeri pelancungan. Saban masa ramai pengunjung luar datang ke Kelantan. Selama ini mereka selesa dengan makanan tempatan Kelantan.Bagaimanapun, jika ada lebih pilihan akan berlaku rezeki berbagi = Mamak + Kelantan.

    Makanan pagi dengan sarapan nasi lemak yang satu ketika dahulu kurang digemari juga sudah mula disukai oleh Orang Kelantan (Di KB) dan tentunya termasuk pengunjung luar. Sebuah restoran nasi lemak yang agak popular telah di buka di Jln Besar KB-K.Krai dan mendapat sambutan. Kita juga jangan lupa bahawa anak-anak Kelantan yang membesar dengan restoran mamak di Ibu Kota selalu berulang-alik KL-KB-KL.

    Bagaimanapun, tidak dinafikan anak Kelantan mempunyai jati diri yang kuat. Inilah mungkin di antara faktor yang melambatkan kemaraan pengusaha restoran mamak ke Kelantan. Yang pasti, Gua Musang sudah 'tidak selamat' lagi.

    BalasPadam
  4. keenakan makanan sudah cukup bagi orang kelantan.xpernah memerlukan mamak.saudara,janganlah terlalu diangkat orang asing, kita orang melayu harus tolong dan menyokong orang melayu.lihat saja pada tradisi orang cina

    BalasPadam
  5. Sdr Tanpa Nama,

    Secara umumnya Mamak susah cari makan di Kelantan dan Terengganu.

    Niat saya semoga restoran/kedai makan Melayu tidak menjadi mangsa rempuhan Mamak (spt yg berlaku di negeri luar Kelantan/Trengganu)

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."