Selasa, 9 Julai 2013

KUALA BERANG :LEBUH RAYA BAHARU ADA CERITA MISTIK



BANDAR KUALA BERANG, TERENGGANU
Bandar Kuala Berang, Terengganu terletak lebih kurang 42 kilometer ke utara Kuala Terengganu. Pengunjung dari Kuala Lumpur yang hendak ke Kuala Berang tidak perlu ke Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Berang yang jaraknya lebih kurang 400 kilometer  cuma mengambil masa lima jam dengan melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuantan. Dari Kuantan melalui Lebuh Raya Jerangau-Jabor dan akhirnya melalui lebuhraya baharu menuju ke Kuala Berang.

Bandar Kuala Berang yang 2-3 tahun sebelum ini adalah sebuah bandar mati kini adalah sebaliknya, ' hidup'. Suatu masa dahulu, pengunjung yang ada urusan di Kuala Berang akan mencari tempat penginapan di Kuala Terengganu kerana kesukaran mendapat tempat penginapan yang selesa dan juga suasana di Kuala Berang yang membosankan. Namun, kini tempat penginapan seperti 'homestay' dan hotel kecil membiak bagai cendawan tumbuh di sekitar Kuala Berang. Suasana malam terutamanya di medan selera yang banyak begitu meriah kerana ramai pengunjung.

Orang Melayu mengusahakan 'homestay' dan hotel kecil adalah satu fenomena di Negeri Terengganu - Kuala Terengganu, Marang dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini merebak ke Daerah Kuala Berang.Semoga anjakan ini akan melanda juga kepada Orang Melayu di negeri-negeri lain dalam skala yang lebih besar dan berdaya saing.
 
Salah Sebuah Hotel Kecil Yang Bersih Dan Dilengkapi ASTRO Dan Wifi Di Kuala Berang
Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Berang akan melewati Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah, Bukit Besi, beberapa buah kawasan perkampungan, kawasan hutan dan ladang-ladang kelapa sawit yang maha luas.

Secara peribadi saya kurang teruja dengan pemandangan di kiri-kanan lebuhraya kerana suasana 'kehutanan' yang asli telah diambil-alih oleh kehijauan 'man made' hutan kelapa sawit.

Ketika di Kuala Berang, saya berpeluang berbual dengan penduduk tempatan. Di antara tajuk  yang agak menarik diperkatakan ialah mengenai ' hantu ' di lebuh raya baharu.

Kononnya, telah berlaku beberapa kejadian di mana pengguna lebuhraya baharu pada waktu dinihari telah diganggu oleh 'hantu lebuhraya'. Dikatakan mereka telah 'ditipu' oleh 'peniaga' R & R untuk singgah makan di Perhentian R & R lebuhraya baharu sedangkan tempat itu sebenarnya masih belum beroperasi lagi. Kononnya pekerja lebuhraya kerap kali mendapat 'wang terpijak' yang diletakkan di atas kaunter Perhentian R & R.

Cerita-cerita hantu adalah cerita-cerita yang tidak diketahui periwayat sebenarnya. Namun demikian, ada yang percaya dan juga yang tidak percaya . Samada percaya atau tidak, pengkisahannya terutama di waktu malam yang sunyi boleh meremangkan bulu roma tetapi tetap diberi perhatian kepada babak demi babak penceritaannya. Ianya umpama 'masak lomak lado api', pedas tetapi sedap!

3 ulasan:

  1. Dulu kita hanya tahu hantu raya, sekarang hantu2 ni dah upgrade jadi hantu lebuhraya ... hehehe.

    Dari cerita saudara UK ini, rasa saya, yang menggangu pengguna lebuhraya di situ bukannya hantu tapi bunian ... wallahu'alam

    BalasPadam
  2. Puan CM,

    Kami bertiga sekereta. Kebetulannya salah seorang dari kami mempunyai pengalaman melihat makhluk itu beberapa kali. Antara percaya dan tidak.

    Cerita hantu atau bunian memang seronok didengar terutamanya di malam hari. Dan itulah yang terjadi kepada kami sepanjang melalui laluan itu.

    BalasPadam
  3. cerita karut , aku bertahun lalui karak highway dari awal buka, ada mcm2 cerita
    tahyul tapi tak pernah aku alami , besendirian tampa kira waktu. ingat allah jgn ingatkan hantu
    yg jadi hantu , manusia itu sendiri

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."