Ahad, 21 Julai 2013

MASJID UBUDIAH, AMPANG : BANYAK YANG SAYA MEGAHKAN


MASJID UBUDIAH, AMPANG, SELANGOR
SEMALAM, 11 Ramadhan, saya berbuka puasa di masjid kariah saya, Masjid Ubudiah, Ampang, Selangor. Kehadiran jumaah adalah lebih kurang 100 orang - 80 orang lelaki, 20 orang wanita. Urusetia masjid menyediakan menu nasi minyak dengan lauk ayam, buah-buahan, kurma, bubur lambuk dan teh O.

Sebenarnya program berbuka puasa di Masjid Ubudiah, Ampang baru bermula dengan penuh kemeriahan sejak dua tahun kebelakangan ini sahaja. Sebelumnya, cuma siak, bilal dan seorang dua jumaah sahaja yang hadir berbuka puasa di masjid. 

Majlis berbuka puasa di masjid hari ini dihadiri oleh kalangan jumaah Melayu dan Rohingya pada nisbah 3:1. Saya perhatikan bahawa kebanyakkan jumaah yang datang berbuka puasa di masjid adalah mereka yang secara konsistan mengimarahkan masjid samada di bulan Ramadhan atau bulan-bulan yang lain.

Satu info menarik mengenai sauadara seIslam kita Orang Rohingya ialah mereka yang kebanyakkan golongan muda agak kuat beragama. Dengan segala kekurangan, mereka datang solat berjumaah ke masjid dengan pakaian yang kemas dan bersih.

Walaupun agak terlambat, saya telah menemui 'ubat tahan daripada mengantuk' ketika solat tarawikh pada hari ke-11 bulan Ramadhan tahun ini. 'Ubatnya' ialah, berbuka puasalah di masjid. Berbuka puasa di masjid ada etika yang tidak tertulis - sopan santun dan tidak makan melampaui batas. Ini membuatkan jasad fizikal dan rohani merasa 'ringan' untuk mengerjakan amal ibadat. Sebaliknya, berbuka puasa di rumah boleh memberi ruang kepada makan dan minum secara berlebihan jika tidak dikawal. Di situlah punca 'berat' hendak beramal ibadat dan mengantuk.

Ada sesetengah jumaah balik ke rumah setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib secara berjumaah. Ada juga yang terus beriktikaf di masjid sementara menunggu waktu Isyak dan solat sunat tarawikh.

Ada satu perkara yang membuatkan saya merasa sangat 'megah' dengan Masjid Ubudiah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Momentum kehadiran jumaah menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat tarawikh masih dalam keadaan yang menggalakkan sekalipun telah memasuki hari ke-11 berpuasa. Walaupun jumaahnya tidak lagi seramai pada minggu pertama Ramadhan, di mana bilangannya melimpah sehingga ke bahagian luar masjid, bilangan jumaah pada hari ke-11 adalah dalam jumlah memenuhi dewan solat masjid yang luas. Ini tidak termasuk sejumlah jumaah wanita yang terpaksa solat di tingkat satu masjid. Pencapaian ini agak membanggakan.

Seperti masjid-masjid lain di negeri Selangor, Masjid Ubudiah, Ampang bergerak aktif dan ceria di sepanjang tahun. Kuliah maghrib dan kuliah subuh (pada cuti mingguan) diadakan pada tiap-tiap hari.

Dengan 'mengumpan' Bulan Ramadhan, Tuan Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Ubudiah, Ampang telah berjaya menggamit jumaah yang ramai ke masjid beliau. Bagaimanapun, ada satu tugas menunggu beliau yang akan bermula secara rasminya sebaik sahaja bulan Ramadhan tahun ini berakhir.

Tuan Nazir dan Ahli Jawatakuasa masjid sepatutnya telah bersedia dengan plan proaktif dengan membekalkan tag kepada sebahagian besar jumaah bermusim supaya pergerakkan mereka sebaik sahaja Ramadhan tahun ini berakhir dapat dikesan dan dipantau . Mengikut pengalaman tahun-tahun yang lepas, jumaah bermusim kembali semula ke planet mereka apabila musim bulan Ramadhan berakhir dan cuma muncul semula di planet bumi sebaik sahaja Ramadhan tahun berikutnya datang.

Bagaimanapun, Tuan Nazir dan anak buah beliau telah berjaya mewarnakan Masjid Ubudiah dari kusam kepada ceria, dari kurang sesi kuliah kepada kuliah tiap-tiap hari, dari tidak sampai 30 orang jumaah harian kepada 200-300 jumaah harian, dari tiada majlis berbuka puasa/morey kepada ada, ada gerak kerja menyantuni anak yatim/golongan susah dan banyak lagi gerak kerja yang tiada sebelumnya.

Sehubungan ini, kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik, tidak mustahil akan berlaku anjakan di Masjid Ubudiah, Ampang di mana bilangan jumaah harian menyamai jumaah solat tarawikh di masjid ini. Ohhhh......Jangan pedulikan madah Napoleon Bonaparte yang berbunyi "Impian adalah hiburan bagi mereka yang sengsara".  

      

 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah ... anjakan paradigma yang memberangsangkan.

    Saya pernah ke masjid ini tahun lepas sempena akad nikah anak saudara saya. Kebetulan masuk waktu Asar dan rombongan kami turut sama menunaikan solat jemaah. Selain dari pihak kami, qariah masjid yang ada cuma 7 orang saja termasuk imam. Memang amat menyedihkan tapi mungkin kerana hari Jumaat, hari bekerja, jadi tak ramai yang datang ...

    BalasPadam
  2. Puan CM,

    Mungkin juga pada hari bekerja. Saya sendiri tidak tahu keadaannya sedemikian.

    Kebiasaannya solat Zuhur/Asar pada hari cuti agak ramai juga jumaahnya kerana kami dari kawasan-kawasan perumahan di luar kawasan Masjid Ubudiah juga solat berjumaah di situ .

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."