Rabu, 31 Julai 2013

SEKAMPUNG

                                                    Blues Gang - Video Clips acanov

Sangatlah besarnya hati apabila seorang kawan sekampung mengunjungi blog kerdil saya. Bermula dari itu, kami sering ‘ berhubungan ‘ melalui maya. Natijahnya, kami sama-sama asyik mengimbau kenangan-kenangan di tanah tumpah darah kelahiran. Banyak kenangan dan pengalaman di bumi kesayangan yang disembunyikan kerana tiada kawan untuk bercerita diselak dan diceritakan semula satu persatu.

Beliau sebenarnya jauh lebih muda dari saya - paling kurang 5 tahun. Saya seusia dengan kakak keduanya. Beliau juga ada seorang kakak lagi yang sebaya dengan adik tunggal saya. Sedemikian, kami tidak selalu bermain di ' padang ' yang sama ketika di kampung.

Namun, ukhwah di sebuah kampung tradisional seperti kampung kami membuatkan seisi kampung seperti sebuah keluarga besar. Masing-masing mengenali dan mengambil tahu hal jiran sekampung yang lain. 

Selepas tamat pengajian beliau masuk perkhidmatan 'soldier' dan jadi seorang pegawai tentera. Selain itu, bapa saudara beliau berkahwin dengan salah seorang saudara saya. Sejujurnya, saya sangat terhutang budi kepada arwah ayah kepada isteri bapa saudara beliau kerana jasa Allahyarham (dengan izin Allah), urusan menentukan kerjaya saya menjadi begitu mudah.

Walaupun lebih muda, pengetahuan dan pengalaman beliau terutamanya yang berkaitan dengan perkara-perkara besar yang mengesankan dan nostalgik kampung kami di luar jangkaan saya. Malah di dalam beberapa hal beliau lebih berinformatif.

Saya dapat merasakan bahawa seperti saya beliau juga sangat 'obses' mengenai segala sesuatu berkaitan dengan kampung kami. Di sesetengah perkara,  'keasyikkan' beliau terhadap kampung mencapai tahap ekstrem. Sedemikian, walaupun menetap dan bekerja di Ibu Kota, hati beliau masih kuat berakar umbi di kampung kelahiran. 

Sesungguhnya, segala kenangan di kampung halaman akan terus segar bertapak di lubuk hati selagi hayat dikandung badan. Ianya tidak pernah ambil peduli akan perubahan persekitaran, gaya hidup dan perjalanan masa.


2 ulasan:

  1. Kampong ini akan tetap bersemadi dihati..sudah jauh kita merantau untuk mencari pengalaman hidup serta ilmu untuk di jadikan pedoman untuk anak ccucu kita tapi semuanya itu adalah bermulanya di Kampung chengkau Ulu..dimana telapak inilah yang telah mengajar kita tentang kehidupan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..telapak inilah yang telah menyedarkan kita betapa indahnya kehidupan jika kita sanggup berusaha ..telapak inilah yang telah mengajar kita cintakan kedamaian..telapak inilah yang telah mengasah serta mengajar kita tentang feqah,tauhid serta erti kehidupan islam yang memurnikan silatulrahim sesame masyarakat ..dan telapak inilah juga yang telah menyedarkan kita semula betapa kehidupan di kampong ini harus dipertahankan keharmuniannya..

    Dari Panco ke Pulau aur..Dari Tanah lessen ke Tanjung Pisang..setiap inci Tanah chengkau ulu bolih di lukiskan didalam memori ingatan kita sebab aku cintakan kampong halaman ku...

    Blog abang ini telah mengembalikan kenangan saya yang selama ini hanya bermain dipemikiran sahaja..Nak diluahkan kek Anak menantu tak do sorang pun yang berminat nak mendengarnya..Nak diluahkan kek kekawan semuanya bukan orang kampong kito..bilo jumpo blog ini..begitu gembira serta teruja nya perasaan ini untuk meluahkan apo yang saya raso...semoga ianya akan dapat memberikan gambaran bahawa sejauh mana kito merantau..kampong totap menjadi pujaaan hati ...

    BalasPadam
  2. Hari ini 24 Ramadhan. Insya Allah 4-5 hari lagi kita akan mudik ke kampung halaman.

    Dan dalam tempoh 4-5 hari ini juga akan menentukan samada kita layak mendapat ganjaran-ganjaran yang dijanjikan atau pun ' melopeh' lai malam seribu bulan pada tahun ini. Kebanyakkan masjid di Lembah Klang dibuka 24 jam & makan sahur disediakan pada 10 malam terakhir. Inilah lobih e kolumpur .

    Abang pun tak sobar-sobar lai nak jumpa Aman (Mat Cinpeng) untuk memaklumkan bahawa Insya Allah seperti tahun-tahun sebelumnya kelibat abang masih ada lai pada 1(satu) hari raya di kampung.....

    Selamat Hari Raya dan hati-hati ketika memandu.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."