Selasa, 2 Julai 2013

Ya Allah, Engkaulah Tuhan

GAMBAR HIASAN ' MASJID RAHMANIA (MASJID INDIA), BAHAU,N.SEMBILAN

Ya, Allah
Engkaulah Tuhan
tika taat ku
tika 'ingkar' ku

Ya, Allah
Engkaulah Tuhan
yang dengan Mu;
aku tidak pernah malu mengadu
dan merengek -merayu - meminta-minta
tika taat ku
tika 'ingkar' ku

Ya, Allah
Engkaulah Tuhan 
tika aku taat
tika aku terleka dengan dosa.


 

2 ulasan:

  1. Entah kenapa ada rasa kesayuan bila menatap gambar masjid ini ... saya masih mencari jawapan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan CM,

      Maaf, di atas nasihat kawan saya tukar perkataan 'derhaka' kpd 'ingkar'.

      Sayu dari sudut mana? Kalau kehadiran jumaah - ada 8 orang jumaah semasa saya solat maghrib di masjid itu. Oklah tu.........

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."