Jumaat, 9 Ogos 2013

01 SYAWAL DI KAMPUNG HALAMAN

01 SYAWAL 1434H(KHAMIS):

Ada sekurang-kurang tiga perkara yang jangan diambil mudah semasa menguruskan sesuatu majlis - Makan-minum, Alat Siaraya (PA System) dan Penyambut tetamu. 

Malangnya, alat siaraya (PA System) di masjid kampung saya pada 1 Syawal (Semalam) ' sangkut ' (tidak berfungsi). Alat tersebut cuma pulih ketika khutbah yang disampaikan oleh Imam 1 (Satu) hampir sampai ke penghujungnya.

Bagaimanapun, solat sunat Idilfitri dapat juga dijalankan dengan seadanya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bilangan jumaah ramai sehingga melimpah ke luar masjid.

Bersama dengan dua orang anak remaja saya, kami turut serta dalam majlis tahlil yang dijalankan selepas selesai khutbah Hari Raya. Majlis tahlil seperti ini adalah sesi tradisi masyarakat di kampung saya.

Selepas tahlil, jumaah dihidangkan dengan makanan yang dibawa oleh penduduk kampung. Memandangkan bilangan juadah yang tidak banyak, saya anak beranak tidak turut serta makan dengan jumaah yang lain.

Sebenarnya, ketika di zaman anak-anak dan awal remaja, majlis makan selepas sunat hari raya/tahlil adalah suasana yang ditunggu-tunggu oleh para jumaah terutamnya di kalangan anak-anak yang merantau . Ketika itu juadah terlalu banya kerana hampir setiap rumah membawa juadah masing-masing ke masjid.

Seingat saya ketika itu makanan yang dibawa selain dari lemang dan rendang Negeri Sembilan ada banyak lagi makanan yang membolehkan kita sangat-sangat ' beruntung' kerana mendapat juadah yang diingini - masak lemak daging salai, masak lemak ikan limbat salai, gulai daging landak, gulai burung, lauk belalang pindang buah bacang, nasi ulam, gulai tempoyak daun, lauk ikan sawah, gulai siput, ulaman (petai, kerdas & jering), masak lemak telur itik dan banyak lagi termasuk ' jeruk buah hutan' yang saya terlupa namanya. 

Dalam ' lautan jumaah ' yang ramai itu sebenarnya ramai yang saya tidak kenal. Banyak di antara mereka adalah segenerasi dengan anak-anak saya - menetap dan membesar di luar kampung ibu/bapa dan balik ke kampung sekali sekala.

Saya juga cuba mencari ' orang-orang tua ' di kampung sendiri. Namun, jumlahnya tidak banyak. Benarlah kata seorang kawan sebaya, " Yang kita anggap tua telah tiada (meninggal dunia), kitalah yang tua."

5 ulasan:

  1. Abangg Ujang

    Den balik kampong lopeh sombahyang kek Kem samo samo anggota yg bertugas..sampai kampong tongahari..tak sompek nak jalan mano mano. Potang torus poi sg potani kodah rumah pak montuo. Sampai jam tigo pagi..mak oi loteh boto..kek kampong sompek yo den jongok panco..nyaman boto bau suasano hutan kampong kito..

    Bilo abng sobut lauk lauk kek mosojid maso dulu dulu tolior den dibuek ei..memang suasano maso tu tak kan dapek kito jumpo lai..memang boto orang tuo tuo dulu dah tak ado yg tuo kitolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lan,

      Abang tengok-tengok ye kek masjid masa solat sunat raya kok ado kau. Cef Ismail ado.Yang lain-lain anak kampung jati yang kojo kek lua tak ado. Ujang Ibah tak ado, Ujang Apek tak ado, Ujang Panco X, Ujang Kadir X, Ujang Apek ado telefon dio balik kampung semalam (9/8/13).

      Meon ado menegur sambil naik moto.Mahat (Osman Oho) juga ado tegor masa naik moto. Bilo tanyo Achan tak balik ko dio jawab Achan dah yak ado lai. Betul ko. Achan tu dulu goalkeeper SRK Chengkau. Kami johan Sekolah Daerah Rembau Selatan tahun 1966. Kaptenya Ujang Panco.Abang forward kanan ...he..he..

      Macam biaso Sdr Aman (Chinpeng) tegur abang, " Along (dia panggil abang=Along) masih ( ado di kampong pada 1 Syawal)". Abang tresengeh banggo sambil menepuk bahunya.

      Jeruk yang lupo itu ialah ' jeruk binjai'. Di jeruk dalam tempayan.

      Sekarang di Masjid Tanah, Melaka.

      Padam
  2. Abang Ujang..

    Acan dah lamo meninggal..den dongar dari omak den cakap...memeng boto aruwah tu dulu memang handal main bola..dio senyum yo kalau jumpo orang..seorang yang baik dan bobudi bahaso...

    Joruk binjai tu memang sodap buah hei..dulu ado pokok ei kek kobon gotah den kek sawah chongkau tu..tapi sokarang ni dah tak ado...

    Den dah start kojo hari ni..longang tak ado orang kek pojabat..ramai yang cuti lai..

    BalasPadam
  3. Innalillahiwainnailaihira-jiun. Al-Fatihah.

    Abang cuti sampai Rabu. Balik Kolumpur hari Isnin.

    BalasPadam
  4. ujang kutik,

    Betul lah tu..
    Kadang kita tercari wajah orang orang tua yang di kenali tetapi tidak ada..
    Kita lah yang tua.. heheh.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."