Khamis, 15 Ogos 2013

RIAK IKAN DI AIR, SUDAH TAHU JANTAN BETINANYA

Banyak juga perkara yang bukan-bukan bermain di minda saya mengenai rakan blogger yang seorang ini. Sudah tiadakah lagi beliau di dunia ini? Ini berlaku kerana tanpa angin, tanpa ribut beliau mengabaikan blog wordpress kesayangannya dalam satu tempoh waktu yang agak lama.

Sungguhpun demikian, saya ada juga menaruh sedikit syak bahawa beliau mungkin memperuntukkan buat seketika waktu untuk ' bertawakuf '.  Ini berlaku kerana melalui kerlingan ke atas kehadiran tetamu di ' feedjit ' blog saya, saya ' mengesan ' seperti ada kehadiran kelibat beliau.


' Riak ikan di air, den sudah tahu jantan betinanya '. Lagi pun, usahkan ikan di air, antara kura-kura betina dan kura-kura jantan juga ' den dapek ' bezakan. Namun demikian, kerana ikan tempatnya di dalam air, saya tidak benar-benar pasti. Saya cuma mengagak.

Arakian, melalui perkhabaran yang disampaikan oleh musafir, sahihlah beliau sehat walafiat. Alhamdulillah.     

6 ulasan:

  1. ujang kutik.

    hehe..
    banyak catching up yang harus di lakukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Jujur, saya terfikir sampai ke situ.

      Padam
  2. Saudara Ujang,

    Saya pun tertanya-tanya, walaupun saya tahu ikan di air itu masih lagi hidup. Sekarang terjawab sudah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. CM,

      Seeloknya beliau maklumkan kepada ' circle ' ingin tawakuf pada masa akan datang untuk mengelakkkan salah sangka yang bukan-bukan. He..he.

      Padam
  3. ujang kutik, cinta menora,

    huuuuahahahaha...

    Banyak juga impak nya dari keujudan kita di alam siber ye..hehe

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."