Rabu, 25 September 2013

BUNGA KUPU-KUPU

Kau bunga kupu-kupu
kuntuman yang tidak lagi berbau
ada kelopak yang gugur
membusuk dan diinjak-injak bersama sampah
di sini bukannya lembah kasihan
yang air sungainya seputih puteri
di sini bulan adalah raksaksa yang sangat kejam      
matahari adalah sida-sida dayus
yang tidak mampu mengusung sinar.

Kau bunga kupu-kupu
kembaralah ke lembah kasihan
yang sungainya menghilir jauh 
berlabuh di kuala harapan.


Johor Bharu
25 September 2013

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    ..ini lah yang saya maksudkan hari itu,
    '' ..layak nya, seorang penyair ''

    Namun saya cuba cuba juga meneroka
    akan makna makna yang tersirat di sebalik
    bait bait yang tersurat.

    Rasa nya saya berjaya menghayati nya...haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Saya terbaca bahawa semakin banyak tafsiran sesuatu catatan itu (saya belum berani menamakannya sajak) semakin baiklah kandungannya.

      Seperti yang saya katakan bahawa kalaulah saya mahir menulis sajak, banyak yang disukai, dipendam dan rasa tidak puas hati dapat dikongsi/diluahkan/hamburkan dalam suasana pembaca dapat menerimanya.

      Terima kasih kerana saudara sudi 'mengakrab lewat puisi saya'. He.he..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."