Sabtu, 28 September 2013

SINGAPURA OH SINGAPURA

Hari ini, 27 September 2013, saya mudik balik ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, laluan ke arah lebuhraya Kuala Lumpur cuma ditemui setelah hilang arah lebih kurang 20 kilometer.

Kenderaan menghala ke Kuala Lumpur agak banyak. Bagaimanapun, yang amat menyakitkan hati ialah 'pelumba kereta' Singapura yang menguasai lorong paling kanan dan memandu dengan kelajuan jauh melebihi had yang dibenarkan. Mereka memandu tidak kurang dari 120km/jam.

Mengikut ' bancian ' saya, 7 daripada 10 orang ' pelumba kereta' Singapura memandu dengan kelajuan melebihi 110km/jam. Sebenarnya, saya dengan yakin dan tanpa rasa bersalah boleh sahaja menyatakan bahawa nisbah sebenarnya adalah 8 daripada 10 orang!

Persoalannya, kenapa orang kita sangat mematuhi @ takut dengan peraturan Singapura ketika berada di negara itu? Kenapa pula mereka ' mempersendakan' peraturan negara kita apabila datang ke sini?

Ingin rasanya saya memanggil ' Starsky and Hutch' ( dua watak polis trafik bermotorsikal dalam siri rancangan television popular awal tahun 80-an (jika tidak silap saya) ) menghambat 'pelumba kereta' Singapura yang bermaharaja lela di jalan raya kita. Ces! 

2 ulasan:

  1. D Singapura kalau kena saman memang makan tak habis. Klu di Msia bila dikenakan hukuman berat macam tu akan rakyat akan bising........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Saya setuju, 'timbal balik' Inilah dilemanya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."